Sunday 1 January 2012

Nazim Ifran, Maaf.

Tahun baru aku dimulakan, dengan hanya duduk menghadap botol kuning, dan duduk bersama dengan Akid. Dia pandang aku, dan aku pandang dia. Dan, rasanya dah lama kami tak buat sesuatu yang macam ni. Seingat aku.


Aku lupakan Dee Jr. untuk seketika, membiarkan dia lemas di dalam gelombang pemikiran dia sendiri. Lemas di balik-balik lipatan persoalan-persoalan yang bermain di dalam otaknya. Dan, untuk sekali ini, aku biarkan dia sendiri di satu sudut di dalam pub itu. Mungkin benar, dia perlukan masanya sendiri.


Jadi, aku dan Akid hanya duduk dan kadang-kadang kami akan capai botol kuning itu. Dihembuskan asapnya keluar dari mulut kami masing-masing. Lega. Atau mungkin, hanya melepaskan keluhan.


Hari masih lagi sama. Tak ada apa yang berubah. Cuma tahun sahaja yang berubah.


Kawan aku, Izal, masih lagi terpaksa bekerja sehingga malam pada malam Tahun Baru.


Dan, ada kawan aku yang lain, masih lagi bergelimpangan di mana-mana lorong di awal pagi ini.


Ada kawan aku bermalam di lokap kerana kokain malam ini. Sama seperti beberapa malam yang pernah ada dahulu.


Aku dan Akid? Kami masih lagi seperti semalam.


Cuma, hari ini, kami duduk menghadap satu sama lain.


'Inilah New Year' katanya.


Aku senyum.


Inilah New Year.


Menghadap botol, dan merasakan senang, yang berkocak dengan gusar dan rasa bersalah.