Saturday 29 December 2012

Creature of Habit

"Tonite, I'm gonna play harmonium and guitar at the side of the road. Whoever finds me, take me as your hope"  Nyatnyinsonmatekajisemarnyiseng

Sejak semalam, selepas aku terbaca ayat ini, baru aku tersedar bahawa, lama dahulu, aku telah kutip Dee dari tepi jalan, dan aku ambil dia sebahagai harapan aku.






Yang membawa kami kepada Balkoni Merah- tempat usang yang banyak menyimpan cerita-cerita gelap kami.




Berbual mengenai harapan, memanglah berat. Sangat berat. Melibatkan banyak benda, dan melibatkan banyak aspek.



'Kau ada dream?' tanya Dee pada aku, ketika kami baru saling mengenali sesama sendiri. Kami sedang duduk di kota asing itu, di celah-celah gerai bergerak yang sibuk menjual makanan. Dan di tengah-tengah kota Bangkok itu, kami yang berdua seperti Lost In Translation, hanya duduk berdua, dan cuba menebarkan kembali peta hidup yang dah berhabuk, yang dah lama tak dibentang dan dilihat dengan setelitinya.



Mustahil, tak ada siapa yang boleh hidup, bila dia tak lagi punya sebarang harapan. Sekurangnya, itu apa yang aku fikir.



Tapi, pesan Dee pada aku selalu, 'berhati-hati dengan segala harapan yang kita harapankan. Segala mimpi yang selama ini kita mimpikan.'



Kerana, semua itu, menurutnya, 'bila cuba kita bawa ke realiti, bukan semuanya akan jadi relevan'



'Ingat,' pesannya lagi, 'kita semua cumalah manusia. Cumalah cebisan-cebisan alam, yang enak bermimpi, dan akan terus bermimpi.'



Aku ingat kata-katanya, walau aku tak berapa faham isi kandungannya. Pada aku, kami cuma kemabukkan, di tengah kota Asing yang kami masih belum mampu nak faham isi perutnya.


Hari ni, setelah beberapa tahun aku meninggalkan Bangkok, dan jarang-jarang bertemu dengan Dee Jr., aku banyak menghabiskan masa aku, dengan mengejar kembali mimpi-mimpi aku yang telah tercicir ketika aku sedang sibuk dikejar oleh polis-polis moral yang dahagakan darah aku untuk dikorbankan.

Mungkin, tanpa ada Dee di tepi aku, aku agak takut untuk bermimpi, atau cuba untuk punya harapan. Aku tak pasti kenapa. Sampaikan, aku selak kembali peta-peta perjalanan yang pernah aku lalui, dan untuk beberapa kali, aku tanyakan kembali kepada diri aku, masih relevankan semua mimpi ini untuk aku apungkan ke dasar realiti ini?


Apa yang aku mimpikan, mungkin datangnya, entah berapa tahun dahulu. Tapi, hari ini bila hari semakin pantas mengejar, ada banyak hal yang dah berubah dan ada banyak hal yang seolah datang mengikat dan menjadi konflik, memaksa aku untuk berada di satu cabang lorong yang pernah Robert Frost tuliskan dulu.

Aku persoalkan, apakah berbaloi aku kutip kembali mimpi-mimpi lama, dreams-dreams dulu, yang keciciran? Atau, lebih baik, aku tuliskan semula dreams-dreams itu, yang mungkin akan lebih relevan dengan apa yang ada di sekeliling aku sekarang.

Jadi, aku terpaksa memilih. Berada tengah di antara dua jalan. Sama seperti yang Robert Frost tuliskan satu masa dahulu.

Entahlah. Mungkin, aku masih cuma berani untuk berbual mengenai mengejar mimpi, tapi aku sendiri sebenarnya, masih belum kuat untuk pergi sendiri mengejar mimpi aku.

Aku perlu tunggu Dee, duduk di samping aku, dan di samping kekasih gelap, merancang kembali perjalanan kami, di atas peta yang telah lama berhabuk ini.

Untuk sekali ini, aku rasa aku perlu tunggu Dee, untuk berfikir tentang dreams, harapan, atau mimpi.

Friday 28 December 2012

Mak Akid tengah menggubah bunga bersama dengan kawan-kawan Trans-nya.

Senang, kalau semua manusia dibenarkan hidup sepertimana yang dimahunya, asalkan masih lagi di dalam logik akal manusia, yang secara mutual-nya mahu hidup dengan baik dan aman.

Senang.

Tak akan ada siapa yang perlu larikan diri, dan tak ada siapa yang akan terpaksa bercinta menyorok-nyorok.

Tapi, apa yang senang itu, cuma selalu wujud dalam sinetron, atau di dalam drama swasta.

Dan, untuk waktu seperti ini, aku benar-benar rindukan Dee Jr.

Thursday 27 December 2012

Tiga lapis.

Ada sesuatu yang tak dapat aku keluarkan dari rongga mulut aku.

Kasihan.

Sampai mati, ia akan ada di sana. Bersama dengan pelangi-pelangi hidup yang dilihat jelas, oleh mata aku.

Monday 24 December 2012

Kanabis di bawah kad ATM.

Dah lama aku tak habiskan masa aku berjam-jam, berhari-hari, atau berminggu-minggu bersama dengan Dee Jr. dan timbunan kerjanya. Dan, dah lama juga aku tidak mendengar dia merungut tentang hidup, tentang kelilingnya, dan kadang-kadang, tentang hal-hal yang tak logik untuk dipersoalkannya.

Dia, hilang entah ke mana. Tapi, aku yakin, satu hari nanti, telefon aku akan berdering, dan nama dia akan terpapar di atas sana. Aku yakin, satu hari nanti, walau jauh mana pun dia pergi, dia akan datang kembali, menyapa aku, dan kembali merungut tentang semua hal yang selalu dia rungutkan kepada aku sebelum-sebelum ini.

Dan, balkoni merah yang selalu menjadi saksi kepada segala sakit dan penat dia, gembira dana ketawa dia, kini senyap sunyi. Tanpa ada bunyi rungutan atau dengusan berahi. Sarang labah-labah yang banyak di atas siling sana, kini kesunyian tidak mendengar segala rungut Dee.

Sesekali, aku menjenggah ke sana. Mungkin, aku seperti terpandang imbas Dee, atau aku sendiri mungkin sedang merindukan dia. Tapi, tak ada apa di sana. Balkoni merah itu, cuma menjadi sekadar balkoni merah, yang diletak di atasnya, kerusi rotan, dan meja. Ada pokok yang pernah menghijau segar di sana. Yang kini, mula menguning. Tak ada lagi botol bir yang masih basah terlekat sisa semalam. Yang ada, cumalah botol-botol bir yang kekeringan, yang sudah mula melekit, dan yang sudah dimamah usia.

Untuk sekali itu, aku lihat balkoni merah itu, seolah kesunyian. Seolah meronta meminta kami duduk di sana, atas alasan apa sekalipun.

Tapi, aku takut. Takut untuk ada di sana sendiri. Tanpa ada Dee.

Jadi, aku hanya menjengahkan kepala aku ke arah balkoni merah itu, sambil aku tanyakan pada diri aku, mana hilangnya Dee Jr.? Kenapa dia tak pernah sekali cuba untuk tinggalkan nota kepada aku, tiap kali dia mahu berlalu pergi jauh?

Dia sedang bahagia? Atau dia sedang bersedih? Kenapa dia menghilang? Atau dia masih ada di sekitar aku, dan kekasih songsang aku?

Aku pandang semula ke hadapan, menoleh kembali kepada realiti, memalingkan muka aku dari balkoni merah, yang kelihatan sedih. 

Mungkin, kami terlalu sibuk. Sibuk mengejarkan mimpi masing-masing. 

Sekurangnya, aku masih boleh menipu diri aku, dengan membisikkan kata itu ke telinga aku. Yang tersembat dengan lagu-lagu Punk tak percaya kepada sistem yang dipaksa terima oleh umum.

Tapi, apa mimpi yang aku ada? Di dalam kota ini?

Apa yang mampu aku beli dengan duit yang ada di dalam poket aku? Dengan nilai yang ada pada diri aku?

Jadi, aku bukan orang yang layak untuk punya mimpi di kota ini- kota yang kononnya terlimpah dengan mimpi-mimpi yang boleh dikejar oleh sesiapa pun.

'Mungkin' aku teringat pada perbualan aku dengan Dee Jr., 'itu salah kau sendiri'

Mungkin.

Mungkin, aku perlu lebih berani untuk mengejar apa mimpi yang selalu aku mimpikan. Bukan lagi hanya tunggu untuk Dee kembali ke balkoni merah dan merungut kembali.

Mungkin, untuk sekali ini, aku perlu jadi seperti Dee- berani untuk tinggalkan lama balkoni merah, tanpa dia dia hiraukan apa-apa pun, selain dari apa yang dikejarnya itu- mimpi gelapnya.

Dan, sehingga nama Dee muncul kembali di atas skrin telefon aku, aku perlu keluar, dan memperjudikan apa yang aku ada dan tak sekali takut untuk menjadi miskin untuk membayar apa yang perlu dibayar.

Dan, di hujung kisah nanti, aku percaya, aku dan Dee akan kembali semula ke balkoni merah itu, dan kembali menghidupkan lampu kuning itu, dan kembali merungut tentang semuanya.

Kerana kami, adalah perungut sejati.

 


Saturday 22 December 2012

Bukan Orang Kebanyakkan.

Semalam, aku duduk di dalam bilik, bersama dengan kekasih songsang. Khayal, berkasih sayang, sambil mendengar kepada lagu ini.

Jujur, ini lagu cinta buat kami.

Lagu yang boleh membawa kami jauh kepada imej-imej bahagia, yang boleh buat kami lupa tentang realiti dan sengsara hidup di dalam dunia yang majoriti isinya, jumud dan terlalu sempurna.

Jadi, semalam aku dan kekasih gelap, di dalam khayal berat, berada di 3 dimensi yang berlainan, dan bernafas di dalam berahi. Kami terbaring, kepenatan, dengan peluh dan deras adrenalin, berbual tentang hidup, dan berbual tentang lagu ini.

Lalu, kami sedar, ada sesuatu yang kami rindukan, dan ada sesuatu yang telah lama setiap dari kami tinggalkan.

Jadi, lagu ini, membawa aku (sekurangnya) kepada ingatan tentang hidup yang baik, dan hidup yang penuh inspirasi. Yang penuh dengan semangat untuk mencabar apa yang perlu dicabar.

Dan, untuk sekali lagi, lagu ini benar-benar memberikan aku emosi. Benar-benar buat aku terasa, yang hidup, walau seteruk mana pun ia, masih boleh diteruskan. Jika kita benar mahukannya dan jika kita punya hala tuju yang cuba kita pergi, atau sekurangnya, orang yang kita pedulikan.

Hidup aku teruk, dan mungkin, masih lagi teruk. Masih lagi terumbang ambing diterajang oleh kehendak-kehendak hidup. Masih lagi disusahkan oleh iblis-iblis moral, masih lagi penuh dengan masalah dan keraguan.

Tapi, bila aku dengar pada tiap not dan kata-kata mereka di dalam lagu ini, dan bila otak aku cuba mengeluarkan imej-imeh cantik tentang keberadaan mereka yang ada di dalam band ini, aku sedar bahawa hidup aku yang teruk ini, masih lagi punya peluang untuk diteruskan, walau tegar macamanapun keliling aku.

Dan untuk itu, aku harap, band ini akan teruskan apa yang mereka sedang lakukan- memberi harapan, hiburan, dan emosi kepada siapa yang mendengar kepada mereka.

Dan untuk aku, lagu ini, mengingatkan aku kepada saat-saat aku mula berbual serius dengan kekasih sonsang, mengenai hidup.

Dan, aku menulis semua ini, bukan sebagai seorang kawan. tetapi, sebagai seorang asing, yang terpukau dengan tiap not dan ayat yang mereka komposkan menjadi lagu yang indah ini.

Salute.

Bila kau tersalah teman benda. Dan, kau terlalu takut dengan apa yang kau tak pasti.

Aku rindukan kekasih songsang mainkan lagu-lagu Radiohead dengan gitar akustik.

Kebelakangan ni, aku tak pasti apa yang telah berlaku dengan hidup aku. Semuanya berat. Aku rasa, seolah hidup aku, dah jauh tinggalkan jasad aku, yang terumbang-ambing, dibanting ombak-ombak soalan hidup yang menyakitkan. 

Aku tak pasti, apa yang aku gusarkan, dan aku tak pasti apa yang aku risaukan, apa yang aku sedihkan. Tapi, itu hakikatnya. Itu yang berlaku dan itulah yang aku rasakan.

Aku terasa kosong, dalam kebanyakkan masa. Di tengah-tengah bual aku yang rancak, otak aku entah pergi ke mana, merisaukan sesuatu, yang aku tak pasti. Jantung aku, berdegup laju, tapi aku tetap cuba untuk berlagak normal. Aku tahu, aku perlu gembira bila aku ada bersama dengan mereka yang selalu ada di sekitar aku, ketika aku senang, dan ketika aku susah.

Tapi, aku tak pasti, apa yang aku gusar, dan takutkan. Aku cuma risau. Aku cuma terasa, ada sesuatu yang menganggu. Sesuatu yang tak pasti. 

Jadi, sesekali, aku cuba tenangkan diri aku, duduk bersandar, cuba menikmati malam, dan siang aku, dengan timbunan hal yang perlu aku fikirkan, dengan jutaan persoalan yang menakutkan aku. Persoalan yang aku tak tahu hujung pangkalnya. Aku nikmatinya, dengan melihat dan mendengar kekasih songsang memainkan gitarnya, menyanyikan kembali bait-bait sakit Radiohead.

Mungkin, aku terlalu penat dengan kerja, dengan hidup, dan dengan diri sendiri.

Bass, kau adalah sangat cantik.

Jujur, aku rindukan hidup aku sendiri. Hidup yang pernah aku jalani beberapa  tahun yang lalu, ketika aku masih lagi mahu keluar dan pergi bersama dengan manusia-manusia lain, kemabukkan dan riang, berkongsi tentang girang dan sakit hidup.

Aku rindukan semua itu dan aku tak pasti kenapa. 

Mungkin, kebelakangan ni, untuk beberapa tahun kebelakangan ni, aku dah terlalu jauh ditinggalkan masa dan ruang aku sendiri. Sehingga sampai satu titik, aku persoalkan, kenapa semua ini berlaku, dan apa yang melekakan aku sangat, sampai aku lupa, yang aku masih ada hidup yang perlu aku teruskan.

Tiba-tiba, aku rindukan semua yang pernah ada di dalam hidup aku. Aku rindukan teman-teman rapat aku ketika aku membesar di kampung- Aely,Ake , Hanif, Hafiz, dan beberapa lagi nama yang pernah habiskan banyak masa mereka bersama dengan aku. Dah terlalu lama aku tak duduk bersembang dengan mereka, seperti yang pernah kami buat bertahun sudah.

Mungkin, desakan hidup, menghalang setiap dari kami untuk punya masa untuk semua itu. Kami semua sudah meningkat dewasa. Dan, nak tak nak, ada hal yang perlu kami penuhi. Dan, untuk itu, banyak masa yang perlu tiap kami korbankan, atas alasan untuk menruskan hidup.

Dan, untuk itu, aku bersimpati kepada kita semua, umat manusia, yang terpaksa menjual jiwa kita, dan masa kita, hanya untuk kita teruskan hidup, untuk memastikan kita boleh terus menjual jiwa dan masa kita sehinggalah hari mati kita.

Aku bersimpati kepada kita semua. Kepada aku, dan kepada kawan-kawan aku, kepada mereka yang aku sayang. 

Dan jujur, aku rindukan mereka. Aku rindukan mereka yang pernah ada dalam hidup aku. Mereka yang pernah kutip aku ketika aku lost berkhayal di bandari sepi aku membesar sana. saat itu menyakitkan. Saat ketika jiwa muda aku memberontak mahu keluar dari segala kejumudan dan kebosanan yang membelenggu bandar kecil itu.

Dan, aku ingat lagi, bila tiap kali aku terlantar terbaring di rumah Aely, selepas aku bergelap terlemas di dalam lauatan chemical. Aku masih ingat, menghabiskan malam aku, duduk dengan dia, di lot parking motor di belakang hotel, mendengar kepada lagu Eminem, hampir setiap malam. Dan, sampai mati, aku akan ingat setiap bantuan yang pernah dia berikan pada aku. Dia, salah seorang hero aku, seorang yang pernah kembalikan semangat aku, untuk aku teruskan hidup. Dan, dengan itu, aku cacahkan namanya, di lengan kanan aku. Supaya, bila aku mati nanti, aku mahu beritahu kepada tuhan, betapa mulianya dia.

Aku masih ingat, bila aku dan Aie, menghabiskan malam kami,berborak tentang hidup, di tepi tasik, ketika kami terkandas satu masa dahulu. Dia dengar apa yang aku bualkan, dia nasihatkan aku, seperti dia benar kenal aku, dalam dan luar aku. Aku ingat lagi, duduk di sebelah dia, berbual seperti aku tak perlu takut dengan apa yang aku bualkan. Aku sober, dan aku bualkan segala yang aku nak bualkan. Dan untuk beberapa jam itu, aku sedar, aku perlu bangkit, untuk aku terus hidup.

Dan, aku ingat, bila Hanif pernah kritik aku, dengan apa yang aku tulis. Dia selalu jujur dengan aku. Dia selalu kata, apa yang perlu dia kata. Dan atas kejujuran dia, aku senang selalu dengan dia.

Dan Hafiz, seorang yang berpgang pada idea Straight Edge, yang memuja Minor Threat, lebih dari mana-mana manusia yang aku kenal, akan selalu temankan aku, dan berikan aku kata-kata sinikal, yang boleh buat aku fikir, yang boleh buat aku yakin, aku boleh teruskan hidup aku, walau teruk mana pun benda yang berlaku. Dan, dulu, setiap kali aku balik kampung bila curi Raya, dialah yang akan temankan aku pergi ke kedai makan, dan mabuk minum bir.

Bandar itu, jujurnya, pernah menyakitkan aku.

Tapi, bila aku pulang semula, beberapa minggu sudah, aku sedar, hubungan aku dengan bandar ini agak kompleks. Aku bencinya, ia menyakitkan. Tapi, bila aku pergi jauh darinya, aku akan sering rindukannya.

The XX.

Aku duduk di dalam bilik, merancang hidup, yang tak akan pernah senang ini, mengumpul idea untuk aku teruskan hari aku yang akan datang esok.

Tapi, kadang-kadang, mengurungkan diri, jauh dari majoriti yang menjengkelkan, boleh jadi sangat menakutkan. Lebih-lebih lagi, bila datang lagu pada masa yang tak sesuai. 

Jujur, aku kata diri aku asshole. Aku selalu terperangkap di dalam kisah-kisah lampau yang pernah aku lalui sebelum ini.

Sebab hidup aku pernah sangat teruk. Tapi, tak semua dari kawan aku, pernah sekali berlalu pergi dari aku. Malah, mereka tak pernah sekali nak jatuhkan lagi emosi aku. Mereka marah aku, bila aku pernah meragui peranan mereka sebagai seorang kawan.

Jadi, bila aku terkurung bersendiri, atau dengan ramai orang sekalipun, aku akan mudah tersentuh, bila aku terdengar, atau terbau, atau terpandang sesuatu yang pernah hadir di dalam hidup aku. Kerana, macam aku cakapkan tadi, aku rindukan apa yang pernah ada di dalam hidup aku.

Aku tak kisah kalau orang nak cakap aku asshole sebab nak ingat semula semua benda ni. Aku tak kisah. Aku tak pernah nak malu dan bagi aku, semua tu, yang buat aku jadi siapa diri aku sekarang. Sakit atau bahagia, ia semua perlu aku ingat.

Dan, masalahnya, bila aku suka bercerita tentang semua itu.

Entahlah.

Aku tak pasti apa yang berlaku dalam hidup aku, tapi aku buntu.

Dan  lebih bermasalah, bila aku terpaksa berlakon, yang semuanya baik sahaja, atas banyak alasan. Dan, atas banyak desakan.

Pergi mati dengan Dee Jr. Tapi, dia juga sabahat baik aku.

Dia, menjengkelkan. Tapi, dalam kebanyakkan masa, dia akan ada dengan aku, bersama dengan kekasih songsang aku. 

Dan, walau sejengkel mana pun dia, aku tetap sayangkan. Sepertimana aku sayangkan teman-teman yang kebelakangan ni, menemankan aku menghadapi semua ketakutan yang aku tak pasti ini.

Jika aku bukan Faggot, aku tidak tinggal di dalam masyarakat jumud, aku akan dengan senang akan katakan, aku sayangkan mereka semua, dan aku akan dengan senang akan katakan,; I love you.

Tapi, ini tanah yang dilimpahi dengan nilai moral, nilai konservatif yang jumud dan menjengkelkan, yang tak boleh terima semua itu.

Untuk sekali, aku sedar, aku perlu teruskan hidup aku dan lupakan tentang rancangan mahu pacakkan dadah berat hingga mati bila aku terlalu bosan nanti. Kerana aku tahu, di balik segala kegilaan ini, masih ada lagi kasih sayang yang tersembunyi, yang tak dapat ditimbulkan atas banyak alasan yang bodoh.

Jadi, aku penat, dan sedang khayal dengan dadah, yang dibancuh oleh manusia, yang boleh memberatkan lagi emosi aku, bila ditambah dengan Morrisey yang cuba mencabar kekuatan aku.

Perlu pergi, sebelum aku menjadi lebih asshole, dengan mahu hidup kembali di zaman aku yang telah berlalu.

Selamat khayal, dan selamat mabuk semua. 

 

 

Tuesday 18 December 2012

Ex Boss Gua.

Aku ingat lagi, bila kali pertama FM telefon aku, dan ajak aku ke rumah dia. Masa tu, dia mahu berpindah dan dia cuma sendirian. Jadi, dia ajak aku untuk tinggal bersama dengan dia.

Lalu, dia telefon aku dan ajak aku melepak di rumahnya pada masa itu. Aku kenal dia, beberapa tahun sebelum itu. Di kampung aku, ketika namanya disebut-sebut sebagai salah seorang yang sangat dikenali. Dan kemudian, kawan baik aku, selalu ke rumah FM ketika cuti sekolah kami, menghabiskan masanya bersama rakan sekampungnya, yang juga rakan kepada abang-abangnya.

Jadi, FM telefon aku, dan itu merupakan pertama kali dia sendiri mengajak aku ke rumahnya, di tingkat paling atas sekali, di blok paling hujung berdekatan dengan stesen tren terakhir.

Senang nak ingat jalan ke rumahnya sehinggakan kawan serumah mereka yang rabun malam, boleh pulang ke rumah dengan selamat, dengan berbekalkan ingatan yang sama seperti aku, mungkin.

Jadi, beberapa tahun sudah, aku menjejakkan kaki di rumah FM, yang hampir kosong dimasuki pencuri yang mencuri sedikit demi sedikit hartanya. Dan di saat itu, aku sedikit demi sedikit, mengenali FM, yang rupanya adalah sangat penakut.

'Kau tau azan?' adalah salah satu soalan awalnya kepada aku, bila dia sudah jumpa rumah yang bakal kami sewa masa itu.

Dan, kemudian, beberapa tahun setelah tinggal di rumah itu, tanpa ada sebarang gangguan syaitan, walaupun kami tidak pernah azankan rumah itu, hanya meletakkan patung Ultraman Taro di tengah-tengah rumah, kami berpindah atas sebab jiran-jiran yang terlalu mengambil berat tentang kami. Ditambah lagi dengan kehadiran adik perempuan FM, AFM1.

Di rumah itu, kami berdua pernah bersama duduk di bilik aku, sambil menunggu water heater memanaskan air untuk kami rendam mee segera yang kami beli. 

Lupa nak beritahu, yang FM adalah boss kepada aku, ketika itu.

Dan, ketika di dalam bilik aku itu, dia menyatakan betapa penatnya dia meneruskan hidup, bertungkus-lumus menyempurnakan hidupnya. Tapi, akhirnya, dia terpaksa duduk di depan aku, di dalam bilik aku, menunggu bersama dengan aku, water heater merebus panas air paip kami.

Bayangkan aku, duduk di dalam bilik itu sebagai seorang kawan, dan orang bawahan. Mendengar rungut seorang rakan serumah, dan seorang boss, yang ada tinggal di dalam badan yang satu- badan FM, membicara tentang masalah kewangan mereka.

Jadi, minggu lepas, aku bertemu kembali dengan FM, di tengah-tengah kesibukkan aku bekerja di Sabtu. Dia dan isterinya membelanja aku, dan KDZ dan NIS.

Dia duduk di sebelah aku. Dan di depannya, ada duduk isterinya, yang juga kawan baik aku, NA. Dan anak mereka N. Di kanan aku, duduknya NIS dan di depannya, KDZ.

FM, masih lagi seperti dahulu. Karekternya, masih lagi sama. Masih lagi orang yang aku ingat tinggal bersama dengan aku, beberapa tahun lepas. Cuma, kali ini, dia datang sebagai seorang boss, kawan, daddy dan suami. Yang lain, masih lagi tak berubah. Dia masih lagi menerima aku sepertimana pernah dia terima aku satu masa dahulu.

Dia masih lagi bermain dengan band jerit-jerit dan dia masih lagi punyai nilai-nilai mamat-mamat cool, walaupun telah berkahwin, berkerjaya, dan sudah punyai anak. 

Dia masih lagi orang yang sama, walaupun dia sudah meminati Joe Flizzow.

Dan, satu hari bila anak mereka besar nanti, akan aku ceritakan betapa coolnya mak bapak dia.

Sebab, jujurnya, kalau orang tanya, siapa salah seorang yang bagi aku inspirasi untuk hidup, aku akan tudingkan jadi aku kepada FM, kepada susuk tubuh ghitam manis dan rendangnya itu.

Tak ada dia, mungkin sekarang ni, aku dah makin jauh jadi asshole.

Terima kasih, boss.

p/s tiap kali aku susah, aku akan ingat kembali macamana FM bangkit, setelah dia jatuh dari hero, kepada zero, seperti yang pernah dikatakannya kepada aku. Aku sendiri saksikan bagaimana dia meng-hero-kan kembali hidup dia yang telah di-zero-kan tadi. Salute.

Wednesday 12 December 2012

Kah Roe Shi

Kalau aku berjaya habiskan tugasan yang satu ni pun, aku masih akan tersangkut di sini.

Ada  berpuluh lagi tugasan yang perlu diselesaikan, atas nama hidup. Atas nama survival.

Damn.

Tuesday 11 December 2012

Ke mana menghilangnya kakak tomboy handsome yang kerja Seven Eleven itu?

Kota ini, masih lagi dimiliki oleh berjuta pemimpi. Sekurangnya, itu yang aku lihat, dari mata pandangan seorang anak asing yang datang bermimpi di kota ini.

Kota ini asing untuk kebanyakkan isi di dalamnya. Kota ini, hampir dipenuhi dengan susuk-susuk asing yang datang bermimpi di sini.

Mungkin, sama seperti aku.

Dua malam lepas, Dee merungut. Membebel berjam-jam, hanya untuk complain apa yang ada di kota ini.

Dua tahun yang lepas, dia sudah pun merungut.

Empat tahun lepas, pun sama.

Aku juga merungut.

Karim juga merungut.

Semalam, tadi, dua tahun lepas, enam tahun lepakami dah merungut.

Merungut tentang betapa mahalnya kota ni. Betapa sesak dan sakitnya kota ini. Hiruk pikuk, kelam-kabut. Bersepah. Semuanya ada di merata.

Tapi, tak pernah seorang pun dari kami, yang selalu merungut tentang kota ini, pernah betul-betul tinggalkan kota ini. Dengan seikhlas hati.

'Kenapa?' tanya Karim.

Dee diam. Tidak punya idea. Aku? Hanya tersadai di tepi, hampir menjadi dinding. Dihempas badai kanabis.

Kenapa tidak kami semua pergi dari kota ini? Lalu pergi mengejar kota yang selalu kami idamkan itu.

Kami diam. Malu kepada diri sendiri, dan keliru kepada akal di kepala.

Atau mungkin, kami hanyalah pemimpi. Yang nak kekal bermimpi, di dalam kota yang dibina dari mimpi-mimpi ini sahaja.

'Mungkin' balas Dee, ringkas.


Monday 10 December 2012

Petang-petang di tempat kerja, tiba-tiba aku rasa sangat dahaga.

Semalam, aku berpeluang duduk bersama writer kegemaran aku. 

Dan, walau sampai bila pun dia tak pernah jadi sehebat penulis lain, dia masih lagi penulis kegemaran aku.

Kawan aku seorang Polis Bantuan di TNB.

Baru-baru ini, aku pulang ke kampung aku. Mahu melihat-lihat, apa dunia gila sudah buat pada mereka.

Dan, ya. Kampung aku, masih lagi sedang dipenuhi dengan kegilaan. Bangunan di merata tempat. Bukit yang pernah berdiri di belakang rumah mak aku, kini sedang dibajak, atas alasan pembangunan. Dulu, tempat yang pernah menjadi sembunyian babi dan anjing, kini cumalah tanah lapang yang membosankan, yang sedang dirobek keterunaannya atas nama, modernisasi.

Tapi, di balik kegilaan pembagunan yang pesat itu, masih lagi tersimpan ruang-ruang kecil, yang cukup besar untuk beberapa pendosa jadikan tempat untuk mereka berkumpul, dan kongsikan dosa mereka.

Dan, di dalam satu ruang dosa yang aku jumpa, ada tersandar LCD skrin di atas dinding kacanya.

Dan, di dalam bilik itu, aku melihat kampung aku, dari sisi yang baru.

Manusia masih lagi gila.

Buktinya? Lihat di sekeliling kita. Lihat di atas jalan raya.

Satu malam dulu, Fareed ada katakan pada aku, dia suruh aku bayangkan. Masa kepala aku sedang lembik dibelasah THC, dia suruh aku bayangkan;

yang di atas jalan raya itu, yang bersesak itu, cumalah sekumpulan manusia. Yang sedang menunggu giliran untuk bergerak. Padamkan imej kenderaan mereka, kata Fareed.

Jadi, benar. Mereka gila. Aku pun sekali terjebak ke dalam kegilaan mereka, nak atau tak nak.

Jadi, dunia aku, kadang-kadang terpaksa masa seperti mereka.

Kerana aku juga, terpaksa berkejar seperti mereka.

Motherfucker.

Hisap Ganja.

Balik kampung tempohari, mak aku tanya pada aku;

'mana beg yang buat dari ganja yang kau janji pada mak dulu tu?'   

Damn.

Panjang

Bila aku balik ke kampung (setelah 2 kali raya aku tak balik, menurut mak aku) aku merasakan yang bandar ini semakin mengecil.

Kalau dulu, aku akan berpeluh-peluh, merungut tiap kali aku disuruh ke pasar awam membeli lauk. Tapi, kali ni, bila aku balik, dan aku gunakan jalan yang sama, seperti yang pernah aku lalui ketika kecil aku, aku rasakan yang semuanya dekat.

Tak basah sikit pun kelengkang aku.

Jadi, mungkinkah kepesatan pembinaan bangunan di bandar kecil itu, memberikan efek seperti ini?

Atau, mungkin kaki aku telah pun panjang.

Salute

Aku berjalan menyusur hampir segenap lorong yang ada di kampung aku. Aku ke sana, dan aku ke sini. Aku ke situ dan aku ke mana-mana yang aku nak. Aku dah rasakan yang bandar ini, terlalu kecil untuk aku. Aku baru melangkah setapak dua, aku dah tak puas hati. Aku mahu susuri lagi.

Jadi, aku berjalan. Berbekalkan dengan sedikit memori jalan yang aku ada, aku susuri semua lorong itu, bersama kekasih songsang yang kepeluhan.

Banyak yang berubah. Semuanya mahu besar-besar. Bangunannya, kedainya, namanya. Malangnya, IQnya, masih lagi belum besar.

Di merata tempat, banyak hal yang dah berubah. Jalan rayanya makin elok. Chekidut-chekidutnya makin ramai. Anak ikan makin bersepah. Hidung, masih akan terus berdarah.

Tapi, di celah-celah manusia yang mahu semuanya berubah, masih dapat aku lihat lagi, beberapa pekedai yang masih hidup, dan dengan gigih masih lagi mengusahakan perniagaan mereka. Meneruskan lagi, perjalanan mereka, sebagai nadi, dan pemerhati kepada daerah itu.

Mereka masih lagi seperti dulu. Sama seperti bila kali terakhir aku ternampak mereka. Mereka masih lagi stick dengan fesyen yang sama, dan mereka masih lagi menggunakan sistem yang sama, sepertimana yang mereka gunakan ketika aku membesar di sana.

Jadi, untuk aku, yang pernah ada di sana, membesar dan mengutip memori di sana, dan kemudian, hilang lemas di kota besar, dan kemudian pulang kembali sarat dengan semua memori KLMJ itu, aku sangat salute pada semua pekedai-pekedai itu. Kerana mereka punya kekuatan untuk terus kekal di sana, dan menjadi harapan kepada semua.

Emorock.

Tidur bersama kekasih songsang di dalam bilik mak aku, setelah dua kali raya (menurut mak aku) tak balik, kadang-kadang boleh mengundang emosi yang tidak stabil.

Nasib baik, ada ganja.