Wednesday 28 September 2011

Dunia

Mungkin, dunia perlukan ruangnya sendiri. Tapi, dia enggan akui. Mungkin, dia mahu aku baca setiap gerakkan dan tindakkannya yang sebenarnya bermaksud, 'aku benci akan keberadaan kau di sini'.

Mungkin, itu yang dunia mahukan dan dia tak punya kekuatan untuk melepaskan kata-kata itu.

Mungkin.

Tuesday 27 September 2011

Kah Roe Shi.

Ada bukit yang perlu aku redah dan ada luah yang perlu aku turuni.


Berikan aku masa, dan pulangkan semula ruang yang pernah aku miliki. Dan, aku janji aku akan pastikan bibit-bibit kehancuran itu didoakan kembali oleh mereka yang masih percaya.

Sunday 25 September 2011

Ahad

Hari ini, aku bertekad yang aku akan hidup lebih lama dari apa yang pernah aku rancangkan.


Nantikan lagi banyak kejahatan dan kejahilan yang akan timbul dari dasar laut hitam ini.


Tapi, sebelum apa-apa, aku perlu isi kepala aku ini dengan makanan yang lazat-lazat.