Tuesday, 4 June 2013

Risau

Untuk mak aku, anak-anaknya sudah pun cukup dewasa untuk membuat keputusan.

Cuma, dia akan bising, merisaukan hal-hal yang dia tak tahu, atau dia tak fahami dan naluri dia sebagai seorang ibu, akan mendesak dia untuk merasakan risau.

Lalu, dia akan teringat pada anak-anak dia. Merisaukan anak-anak dia.

Mak aku, ok dengan aku yang ada tattoo dan, semenjak aku bawak balik Akid ke kampung dan habiskan masa beberapa hari di kampung, dia tak pernah tanya aku lagi pasal kahwin. Tapi, dia cuma pesan pada Akid sebelum kami pulang, supaya tolong tengok-tengokkan aku, kalau aku ada masalah, dan tiap kali kami berhubung di telefon, dia akan tanyakan tentang Akid- mungkin naluri ibunya, boleh menghidu sesuatu. Tapi, itulah. Dia risau, entah bagaimana aku nak teruskan hidup di dalam masyarakat seperti ini. Dia risaukan, mungkin keselamatan aku, atau mungkin kebahagiaan aku.

Sebab itu, aku rasa mak aku biarkan je anak-anaknya hidup, dan melakukan kesilapan-kesilapan, untuk anak-anak dia faham, yang hidup ini, bukan mudah.

Tapi, dalam masa yang sama, dia risau.

Jadi, untuk sekali ini, aku harap mak aku tak akan risau, ketika dia sedang terlantar sakit ini. Dan, berikan anak-anak dia pula peluang untuk merisaukan tentang dia.

Dan, aku tahu, mak aku mahu hidup lama lagi, sebab dia risau. Dan, tiap kali kami berbual, dia akan bualkan sekali kerisauan-kerisauan yang dia fikirkan.


Heavy.

Uff.