Sunday 25 August 2013

Too bad.

Too bad kadang-kadang aku terpaksa mengelakkan diri aku dari bergaul dengan manusi-manusia yang terlalu baik, sampaikan mereka juga mahu aku jadi sebaik mereka. Too bad, kerana ada di kalangan mereka yang aku sangat respek. Dan too bad, ada di antara mereka adalah orang-orang yang pernah beri aku selesa.

Tapi, adalah terlalu berat untuk aku dipaksa menerima apa yang mereka mahu aku terima. Terlalu berat untuk aku abaikan bullshit yang ada, hanya semata untuk teruskan relationship yang tak masuk akal.

Aku tak suka dipaksa dan lagi licik permainan mereka, lagi licik aku akan cari cara mengelak kerana aku tidak lagi percaya bahawa perbincangan dan kemaafan akan membawa kepada keharmonian bersama. Bagi aku, manusia akan terus menipu untuk lari dari realiti mereka yang sangat menganggu. Lagipun, adakah keharmonian bersama itu akan meninggalkan implikasi baik di dalam hidup aku?

Tidak, aku yakin.

Jadi, itulah. Lagi licik aku ditekan, lagi kuat sinikal dan dendam yang ada.

Jadi, walaupun kecewa dengan diri sendiri yang mengelak bergaul, aku buat je lah. Kerana at the end of the day, aku tahu, mereka semua itu akan hilang, atas banyak reason.

Entahlah, mereka.

Saturday 24 August 2013

Padan muka.

Sebenarnya, aku agak menyesal bila aku tak ikut cakap hati aku dan lalu, berbuat baik pada manusia.

Tapi, yang aku dapat balik adalah soalan bodoh, dan perasaan digame seperti orang bodoh.

Entahlah, manusia.

Bulan sebiji.

Susah.

Wednesday 21 August 2013

Tak tahu.

Kalau aku ada super power yang boleh hentikan masa, aku akan buat.

Dan, aku akan pergi kepada setiap seorang yang perlu, dan aku mahu katakan pada mereka;

'hold on, dan beri aku masa dan aku akan kembali dan balas semua kasih sayang yang telah kau orang berikan'.

Tapi, aku tak ada super power tu dan hidup aku tetap laju.

Nasiblah kalau aku boleh kejar dan cope semuanya.

Bodoh punya orang.

'Mana dah kau tinggalkan?' tanya Dee pada aku.

Kusut. 

Dah berkali-kali dia tanya aku soalan yang sama. Pusing-pusing di tempat yang sama, dia akan ulang semula soalan itu.

Kalau tak pun, dia akan tanya; macamana boleh tertinggal?

'Apa yang kau cari, beb?' tiba-tiba Abu bersuara dari luar, mungkin serabut dengan kami yang ke hulu dan ke hilir.

'Hidup kami' jawab Dee, sebelum sempat aku buka mulut.

'Oh' balas Abu, ringkas dan malas nak layan.


Tambah kopi, makin pening.

Sebenarnya, aku sedang cuba cope dengan semua gagal yang aku ada ini.

Jadi, jika kau pernah rasa terabai, sila beri aku masa.

Ada banyak benda yang aku nak kena fix. Yang aku perlu fix.

Maaf, jika kau pernah rasa terabai, kawan.

Pening sikit.

Maaf jika kau rasa terabai, kawan.

I miss you guys.



Tuesday 20 August 2013

Aku ada banyak kerja yang perlu aku sudahkan. Tapi, dalam kebanyakkan masanya, aku cuma termenung memandang dinding dan hamparan pemandangan yang tak berpenghujung,

Kadang-kadang, aku nak mengeluh pasal kerja aku. 

Kadang-kadang, aku rasa macam nak berhenti dari buat semua kejahanaman ni, dan kerja di tingkat 18 bersama dengan orang-orang yang tak gilakan duit dan tenaga aku sangat.

Kadang-kadang, aku terasa macam nak habiskan masa, 24 jam aku, berdiri di tepi laut, sambil pakai apron dan minum kopi hitam dan grill daging untuk orang lain, dan buatkan sandwich untuk stranger.

Kadang-kadang, aku terasa macam nak pergi tepi laut, tak pakai baju, baring atas pantai, dan buat kopi untuk stranger sambil berbual pasal kenapa aku suka dengar Minor Threat, atau tentang apa-apa hal yang tak masuk.

Kadang-kadang, aku terasa macam nak kurungkan diri aku di dalam bilik enjin aircond yang kedap bunyi, yang penuh dengan papan-papan soundproof, dan aku letakkan komputer di sana, dan aku nak taip semua benda yang ada dalam kepala aku tu.

Kadang-kadang, aku rasa, mati lagi baik.

Tapi, itulah.

Selagi kerja tak habis, semua itu cuma boleh aku letakkan dalam list 'angan-angan'.

Malam Selasa.

Kadang-kadang, aku sendiri terasa yang aku sedang menjauhkan diri aku dari manusia. Aku sibukkan diri aku dengan kerja (yang tidak masuk akal waktu bekerjanya), dan kadang-kadang, aku merayu pada boss aku, supaya berikan aku kerja, walau sepatutnya aku perlu bercuti.

Kadang-kadang, aku tersedar yang aku dah jauh dari setiap manusia yang perlu aku hubungi.

Tapi, dalam kebanyakkan masanya, aku batalkan segala niat aku untuk menghabiskan masa aku dengan kebanyakkan mereka, bila aku sedar, hubungan yang aku ada, dengan kebanyakkan mereka, hanyalah atas dasar kerja sahaja.

Samaada aku dah mula berkawan dengan kerja-kerja aku, atau, aku dah jadikan kawan-kawan aku sebagai kerja, aku sendiri tak pasti.

Jadi, aku akan batalkan niat aku, untuk mendail mana-mana nombor, hanya sekadar untuk menjadi seperti seorang kawan kerana aku tahu, bukan semua cerita itu yang mereka mahukan, sebenarnya.

Mereka cuma mahu bercakap mengenai kerja, kerja dan kerja.

Kalau tak ada kerja, mereka akan jumpa berjuta alasan lain, untuk tidak melepak dan berborak. Mereka akan jadi bangang dan tak tahu nak berbual apa.

Mereka cuma tahu kerja, kerja dan kerja, bila nampak muka aku.

Kerja.

Dan, sebagai seorang loser yang mudah kecewa, aku akan batalkan semua niat aku itu, untuk mendail mana-mana nombor walaupun naluri aku kuat menyuruh.

Walaupun selalu aku cakap diri aku salah.

Jadi, aku rasa, aku perlu berhenti kerja.


Mungkin, kadang-kadang aku faham, apa yang mereka lalui.

Bukan senang untuk terus hidup di kampung.

Sunyi yang ada di sana, bukan sunyi yang macam kau gambarkan. Bukan sunyi macam Kuala Lumpur ketika malam perayaan, ketika majoriti  warga kota pulang beraya ke kampung. 

Bukan sunyi itu yang sedang cuba aku ceritakan.

Ini, sunyi yang lebih dalam. Yang lebih deep, yang lebih gelap, dan yang lebih jahat.

Dan, aku yakin, tak salah untuk aku kadang-kadang terasa sebak, terbaring berfikir random, di dalam bilik ibu aku, tiap kali aku pulang ke kampung. 

Kerana aku tahu, aku telah lepasi kesunyian yang jahat itu dan aku berjaya sesekali melupakan cerita hitam yang menakutkan itu.

Nasib kau baik, kalau kau pulang ke kampung dan ada teman lama yang akan buat kau hold dengan eveything dan bertahan. Tapi, kalau semua dah tak ada, apa lagi yang tinggal untuk kau?

Sunyi? Yang pernah kau cuba tinggalkan.

Kampung, kau sangat kejam.




Dengar lagu Damien Rice sambil layan kopi dan ia tiada kaitan dengan rancangan memasak pun.

Entah.

Ada banyak benda yang aku rindukan. Samaada hidup aku terlalu sibuk, atau aku terlalu loser untuk handle kehidupan aku sendiri.

Entah.

Mungkin, aku sedang rindukan mak aku, dan dalam masa yang sama, merisaukan tentang dia. Dan, di dalam masa yang sama, tak pasti apa yang perlu, atau boleh aku buat. Mungkin, perbualan panjang antara aku dengan dia tempoh hari, membuatkan aku lagi yakin yang mak aku, masih fikir aku ini logik lagi, sebagai anaknya. Mungkin, perbualan tempohari, cumalah satu moment, seorang anak sedang mengadu kepada ibunya, tentang hidupnya yang tak betul sangat tu.

Entahlah.

Samaada kanabis ni terlalu berat, kafein ni terlalu bagus atau aku memang loser yang sebenarnya malas nak faham apa pun.

Aku perlukan cuti.


Kadang-kadang, susah bila kau dengar lagu yang boleh membawa ingatan kau pada orang yang dah mati, atau moment yang kau terlepas, atau orang-orang penting yang kau dah abaikan dalam hidup kau, atau kawan baik kau yang dah makin jauh entah ke mana.

Kadang-kadang, boleh buat kau terasa seperti loser yang tertinggal jauh, menyorok ketakutan di tepi tong sampah, di belakang lorong sana.

Masa bergerak sangat pantas, sebenarnya.




Friday 9 August 2013

Tanya Dee Jr.

Soalan; bagaimana hendak mengelakkan dari terpaksa lepak dengan orang yang tak sepatutnya.

Jawapan dari Dee Jr; beritahu mereka yang simpanan Husin kau dah habis. Konfirm mereka tak akan lepak dengan kau dan tiba-tiba mereka akan ada hal, atau tiba-tiba mereka akan busy.


Tuesday 6 August 2013

Melihat cantik sunrise dari balik langsir, secara rahsia.

Kepada Dunia, 

Kalau kau boleh baca semua kegilaan ini, aku cuma mahu cakapkan; kau terlalu beautiful untuk aku abaikan. Tapi, ada satu persoalan di dalam diri kau yang masih belum kau jumpa jawapannya yang boleh jadi sangat menakutkan resultnya.

Jadi, untuk sekali, berilah aku peluang untuk aku nikmati semua indah dan buruk yang kau simpan, yang tak mahu orang lain pandang, tanpa kau tanyakan aku tentang semua soalan-soalan gila yang menakutkan itu.

Sesungguhnya, aku tak kisah untuk menabur benih dan menyiramkan air. Menghijaukan kembali tanah kau yang mungkin sedang ketandusan. Tapi, berilah aku sedikit ruang, untuk menjadi pekak kepada semua soalan itu.

Kerana, aku tak kisah jika kau mahu aku bantu kau siramkan air di atas tanah kau tanpa perlu aku takut dengan semua soalan-soalan gila kau itu.

Sekian, selamat tumbuh kembali.

Terima kasih kerana pernah segar menghijau dan memberikan tanah untuk aku dan kekasih gelap aku berpijak.