Wednesday 20 February 2013

Jahat

'Jangan jahat pada diri sendiri', pernah menjadi topik perbualan aku dan Dee Jr. di Balkoni Merah- balkoni sundal yang selalu mengundang aku untuk membikin onar dan dosa dengan mencuci mata secara songsang dan mengkritik manusia seolah aku punya hak untuk menghakimi mereka.

Kami memang jahat, dan kami pun, morally bankrupt  Kami tak ada apa lagi yang bernilai yang boleh kami gadaikan. Maruah kami pun, entah pada siapa telah kami jual lama dahulu.

Tapi, macam yang Dee pesan, 'jangan jahat pada diri sendiri'.

Itu, aku cuba buat. Atau fikir, sekurangnya.




Friday 15 February 2013

Because my job is killing me.

Masalah kerja.

Ya, aku sedang senak dilanda masalah kerja. 

Jadi, untuk seketika, aku terpaksa melupakan fokus-fokus aku terhadap kerja yang lagi satu- di galeri audio dan visual, dan aku juga terpaksa melupakan segala masalah lain, dan menganggapnya seperti tak wujud untuk sementara waktu.

Jadi, aku cuma perlu fokus kepada masalah kerja, teman sekerja baru yang tak suka bekerja dengan aku tapi tak mahu akuinya, lalu selalu berbual dengan menggunakan bahasa sarkastik dan juga aku cuma perlu fokus untuk berlakon dengan lebih baik lagi.

Untuk itu, dah cukup berat dah.

I am fucked.


Monday 11 February 2013

Stop Torture

Satu masa dulu, masa aku duduk di Balkoni Merah, Dee pernah tanya pada aku;

siapa kau?

Dan, aku hanya diam. Aku teguk bir laju-laju sambil aku jeling kepada dia.


Rock.

Bukan senang nak jadi orang yang tak ada masa depan.


Bukan senang nak jadi orang yang tak ada masa depan.



Tiap kali bila ibu bapa telefon, mereka pasti akan bising. Dan terus-terusan mengingatkan tentang bagaimana satu masa depan yang sempurna perlu kelihatan.

Tak senang.

Bila kau duduk sendiri, in between fail yang berlambak yang perlu kau selesaikan semua permasalahannya, kau kadang-kadang ada persoalkan tentang hari esok kau.

Masa depan.

Dan, bila tiap kali kau fikirkan tentang masa depan, kau jadi panik.

Takut, sebab kau tak sediakan apapun untuk kau tempuhi hari mendatang kau.

Hari mendatang.

Tapi, kau persoalkan balik, apa hari yang datang? Bagi je, hari yang perlu datang. Yang datang, perlu datang. Tidak akan bertangguh.

Macam M. Nasir pernah tulis, 'apa nak jadi, akan terjadi. Hujan pasti berhenti'.

Jadi, hari yang perlu datang, pasti akan datang. Jadi, bagi je lah. Nak tak nak, kau kena terima dengan motivasi di dalam kepala, 'hujan pasti berhenti'.

Jadi, tiap kali kau ditanyakan tentang masa depan, kau sebenarnya tak pasti apa yang sedang ditanyakan kepada kau, dan kenapa kau tak menyediakan apa-apa untuk itu.

Kunci pendua.

Jadi, bila tiap kali diasak oleh soalan tentang masa depan, kau akan tanya, kenapa kau sedang diasak. Bukan sekali, bukan dua kali. tetapi, banyak kali. Sampai kau dah malas nak ingat moment-moment yang sepatutnya kau ingat itu. Moment yang sepatutnya menjadi titik perubahan untuk kau.

Mascotte.

Tapi, kau masih di sini. Masih lagi sebagai satu individu yang sama, yang tak pernah peduli tentang masa depan kau. Atau kau sebenarnya, sedang mencari alasan, untuk kau cari lebih masa supaya kau boleh bersedia dengan masa depan kau?

Dan, kau masih lagi tidak sibuk bertanyakan tentang masa depan kau. Sebaliknya, kau tanyakan 'kenapa'.

Twister Blackcurant.

'Kenapa', adalah persoalan yang kau soalkan balik pada diri kau bila orang lain tanya kau tentang masa depan kau sendiri.

Tak mudah.

Bukan mudah untuk menjadi orang yang tak punya masa depan.

Dan, di saat kau bertanyakan, 'kenapa kau tidak sediakan apa-apa atau sekurangnya peduli tentang masa depan kau sendiri', kau sedar dan kau tahu, dan kau yakin, yang di bawah jasad yang sedang mempersoalkan itu, tak ada apa lagi yang tinggal.

Telah lama mati jiwanya.

Palam 3 pin.

Dan, 'telah mati' tiba-tiba menjadi jawapan kepada semua soalan yang datang menjawab soalan-soalan tentang masa depan.

Poster 3D.

Tapi, kau masih lagi cuba mencari alasan, untuk kau terus hidup.

Alasan, yang kau akan tulis kembali sebagai masa depan kau.

Sebab, di balik semua cerita yang kau fikirkan, kau sebenarnya takut. Tapi, otak kau sendiri enggan terima kenyataan, dan memberitahu diri kau, yang kau sebenarnya, bukan takut. Kau cuma penat.

Dan, otak kau, peralatkan kau sendiri.

Kau takut.

Stiker kuning.

Dan, ketika kau sedar, bukan satu hal yang mudah untuk menjadi orang yang tidak punya masa depan, kau mengeluh. Kau lepaskan keluhan kecil ketika kau sedang berdiri di kubikal kencing, ketika air kencing mahu mencurah keluar melalui lubang konek kau.

Dan ketika itu, selepas kau melepaskan keluhan kecil itu, kau bisikkan pada hati kau, untuk kau sedarkan semula diri kau, dan air kencing kau yang kesesatan tidak terjumpa lubang konek kau, kau ingat kembali katya-kata M. Nasir, yang 'hujan pasti berhenti'.

Kau berlalu pergi, dan kau menjadi semakin yakin, bukan mudah untuk menjadi orang yang tidak bermasa depan.


Dee dan wilayah asing.

Sebagai seorang kawan baik, dan musuh terdekat, aku bersimpati kepada Dee Jr.

Sudahlah jauh di perantauan. Di kota yang tidak boleh difahami bahasanya, bahkan dia juga tidak punya sesiapa untuk dia ceritakan semuanya yang perlu diceritakan.

Selain aku, tak ada siapa yang akan senang mendengar kepada ceritanya.

Itu, apa yang dia percaya, dan kemudian, berjaya dia buatkan aku sekali percaya.

Untuk sekali ini, aku berharap kau akan baik-baik di sana.

Panik.

Rokok balut.

Aku tak suka perasaan panik. Ia selalu berjaya buat aku sukar untuk bernafas. Oksigen, gagal menempuh perjalanannya senormal seperti sedia kala. Otak aku akan jadi kurang waras, dan aku tak boleh buat keputusan yang logik dan masuk akal. Ia akan buat badan aku bertindak bodoh, dan kadang-kala meransang aku untuk buat benda-benda yang tak perlu aku buat.

Sebab tu, aku benci panik.

Panik, membuatkan otak, badan dan emosi aku bekerja keras dan teruk. Ia menghabiskan bekalan tenaga aku yang sepatutnya aku gunakan untuk aku jalankan hidup aku dengan baik. Ia juga menganggu aku, di dalam aku melaksanakan tugasan-tugasan aku, yang perlu aku sudahkan. Ia membuatkan jantung aku berdegup jauh lebih laju, dan hampir seluruh badan aku menggigil.

Sebab tu, aku benci panik.

Dan, tiap kali aku panik, aku akan disuruh untuk menyorokkannya. Aku disuruh untuk menyimpannya di atas bumbung tempat kerja aku. Dan, aku pula, disuruh berlakon untuk kelihatan tidak panik sambil aku kekalkan apa yang biasa ada pada diri aku. 

Sebab tu, aku benci panik.

Magnet peti sejuk.

Kebelakangan ni, aku cepat panik, atas banyak alasan, dan atas banyak sebab.

Tapi, tak sekali pun, boleh aku beritahu pada sesiapa, kenapa aku cepat panik. Kenapa aku panik.

Bila aku cuba bualkan, hal akan jadi jauh lebih rumit dari mana-mana manusia boleh bayangkan.

Jadi, aku pilih untuk tidak bercakap secara cakap, mengenai 'panik'.

Tapi, aku benarkan ianya berlaku di sini. 

Lens cap.

Jadi, aku benci panik.

Dan, tiap kali aku panik, aku rasa akan cakap dalam hati aku; lebih baik aku mati.

Puntung rokok satu beg plastik.

'In your face, Salleh.' kata Dee Jr.

'In your face' ulangnya lagi.

Babi.


Sunday 10 February 2013

Uff.

Oh, Shit.

'Aku ada di party. Tapi, aku buat-buat tidur' beritahu Dee di dalam mesejnya kepada aku semalam, setelah dah beberapa lama dia menghilangkan diri.

Aku faham, apa yang cuba dibicarakan dia.

Tapi, macam biasa, aku melaksanakan tanggungjawab aku sebagai aku- untuk terus diam, dan tidak sekali bertanyakan soalan apapun.

Dan, aku tahu, bukan senang mahu pura-pura tidur di dalam party yang sedang penuh dengan nikmat-nikmat hidup, yang dibotol atau yang telah dikompreskan.

Soalan bodoh.

Sial. Aku cuba untuk berbuat baik dengan hidup aku sendiri.

Tapi, apa yang aku dapat?

Senaskah buku yang penuh dengan soalan-soalan bodoh. Yang sebenarnya, bukan pun soalan. Bukan pun sesuatu yang datang. dengan tujuan mahukan jawapan atau apa pun.

Cuma, a bunch of soalan bodoh.

Jimi Hendrix.

Dee pernah pesan pada aku, bila kau dah terlalu penat menikmati kegagalan kau sendiri, sila berdiam.

Dan, ya. Aku dah lama tak bertanyakan soalan, atau mengharapkan jawapan.

Cuma dari beberapa orang yang aku mahu, yang lain, aku diamkan saja. Terlalu banyak kesempurnaan yang mereka minta dari aku.

Uff.




Wednesday 6 February 2013

Selamat, brader.

Jika aku boleh berbual dengan kau sekarang, aku akan katakan macam ini;

Sekarang, kau sudah ada di satu tempat yang lain. Bukan lagi di belakang kaunter Ricecooker, atau di celah-celah rak buku, atau di depan rak kopi.

Kau kini, sudah ada di satu tempat yang tak ada siapa yang tahu.

Mungkin, kau sekarang dah hidup di tempat yang lebih baik. Mungkin.

Wujud atau tidak, kau dah tahu, jawapannya sekarang.

Itu, satu persoalan yang pernah kau tanya pada aku, bila kau ada dengan Siti, menuju ke rumah.

Sekurangnya, kau dah tahu soalan yang pernah aku tak jawab bila kau tanya dulu.

Dan, brader, lagu Joy Division yang kau pilih sebelum kau pergi melangkah keluar dari dunia ini, adalah pilihan yang baik.

Semoga tenang di mana-mana.

Hug and cheers, buddy.

p/s kalau jumpa Avoroco, cakap 'keep on rocking', sambil buat sign tangan macam mamat-mamat metal selalu buat.


Friday 1 February 2013

Magnet peti sejuk dari Bali dan Taiwan.

Untuk aku dulu, bangkit awal pagi, adalah sesuatu yang amat membencikan. 9 to 5, bukanlah hal yang cool yang pernah berlaku di dalam hidup aku. In fact, sampai sekarang, aku tak pasti bagaimana aku boleh melalui beberapa tahun yang banyak, bekerja dari jam 9 ke 5 atau 6, dan tambah dengan kerja lebih masa, beberapa jam lagi selepas tu.

Jadi, bangkit awal, sambil di dalam otak, terpampang imej-imej kubikal di tempat kerja, ditambah lagi dengan imej-imej rakan sekerja tua ageist yang tak relevan lagi untuk bekerja. Semua itu, menyakitkan.


Lagi sakit bila sisa-sisa arak dan kanabis malam sebelumnya, masih belum hilang.


Lagi sakit bila hangover menyerang kepala. Berdenyut-denyut. 


Mata masih merah.


Macam biasa, Dee Jr. akan ada dalam cerita aku.


Jadi, segalanya bermula bila aku awal-awal berhenti dari bekerja di pejabat.


Dee pernah cakap pada aku, 'waktu pagi, waktu yang patut tiap dari kita yang loser ni, perlu miliki'.


Dan, aku diam. Tak membalas, ketika Dee datang mengejutkan aku untuk pertama kalinya. Aku yang masih berat lagi mata, berkeras tak mahu bangkit. 


'Nak celebrate unemployment' kata aku membalas kejutan pagi dia, ketika sepatutnya penis aku sedang berereksi melayan dingin pagi. 


Tapi, tak berhasil. Dee keras kepala, seperti yang pernah beberapa teman baik aku katakan pada aku.


Pagi di dalam cawan.


Dee hulurkan secawan kopi hitam panas kepada aku, yang bermonyok di tepi tingkap, kerana diganggu tidur aku, yang sepatutnya menjadi jauh lagi panjang dari hari-hari biasa aku.


'Ini,' katanya 'adalah pagi yang kau bancuh dengan cantik' lalu dihirupnya kopi di dalam gelas yang dipegangnya, dengan cermat, lalu disambungnya, 'manis, pahit, kita yang bancuh'.


Aku masih monyok. Malas nak melayan deep pagi-pagi hari, ketika penis aku sepatutnya sedang berereksi kesejukkan dibanting dingin pagi.


Bukan layan deep. 


Layan deep, adalah pada malam hari, Ketika polis-polis yang korup banyak berlegar, mencari mangsa untuk mereka tambahkan nafkah halal mereka. Itu, waktu yang paling sesuai nak layan deep, nak berbual pasal revolusi, atau nak berbual pasal ereksi penis sekalipun.


Bukan di pagi hari, ketika matahari sedang sibuk mengeliat bangkit menjengah bumi, dari celah-celah bukit sana.


'Tapi,' sambung Dee seolah dia tak pedulikan kemarahan aku, 'dalam cawan ni, ada pagi kau'.


Sing a long korus lagu Alleycats.


Dee tak pernah penat mengejutkan aku dan membasuhkan cawan kegemaran aku setiap pagi, untuk aku sendiri bancuh kopi gelap yang aku inginkan.


Dan, hal itu berlaku selama beberapa tahun. 


Sebelum dia pergi ke tempat kerjanya, dia akan singgah ke rumah aku, dan dengan menggunakan kunci spare yang dia curi dari simpanan aku, dia akan masuk dan cuci cawan kegemaran aku sebelum dia tarik langsir besar di dalam bilik aku, dan kejutkan aku dengan kata-kata deep dia yang selalu buat aku marah.


Siapa yang mahu deep di pagi hari? Ketika jiwa sedang memberontak mahu tidur dan terulit dengan mimpi-mimpi erotis yang tidak berkesudahan.


Bertahun ini berlaku. Tiap pagi aku, aku tahu yang aku memang KENA bangun, walaupun beberapa kali aku cuba untuk tukarkan tombol pintu aku, untuk mengelakkan Dee berjaya masuk ke dalam rumah aku.


Tapi, Dee cakap;


'Otak kita macam sama. Apa yang kau fikir, aku boleh fikirkan juga.'


Sambil hujung jari telunjuknya diketuk-ketukkannya di tepi kepalanya. Di tepi bahagian otak dia.


Whatever lah.


Langsir plastik sampah.


Jadi, hari ini aku akui bahawa, bangun pagi sudah menjadi ritual kepada aku, pada kebanyakkan harinya.


Ada atau tak ada kerja, aku akan bangun awal, dalam kebanyakkan masanya.

Melainkan, kalau malam sebelum tu, aku mata aku lari-lari dan telinga aku pekak mendengar bunyi bass dan drum yang tak henti-henti bergerak di dalam gerakkan yang sekata.

Jadi, persoalannya; kenapa?

Jadi, aku akui apa yang telah Dee ajarkan pada aku, adalah untuk aku hargai beberapa jam yang aku ada, dan cuba penuhi ia dengan apa yang aku boleh buat, terbaik pada masa tu.

Aku tak perlukan 24 jam, kerana aku seorang yang lembab. Efek dari dadah yang aku silap gunakan.

Jadi, segala kejutan dan basuhan cawan kopi yang dia buat, sebenarnya untuk buat aku faham, aku hanya perlu fokus dalam masa beberapa jam, instead of, mengejar entah apa benda yang tak pasti.

Aku faham.

Kini, pagi hari, aku boleh belajar bass. Aku boleh pasang Pink Floyd. Aku boleh pergi ke bilik rahsia di tingkat tempat kerja aku, dan aku nikmati pagi yang selalu sunyi. Yang tak pernah orang lain nak hiraukan.

Dan, hari ini, aku ada tujuan untuk aku teruskan hidup.

Aku bangkit, untuk aku temankan pagi, dengan kopi gelap yang aku bancuh di dalam kepala aku. Tak ada penjerang air di tempat kerja aku, yang masih lagi miskin.

Jadi, hanya dalam kepala aku bancuhkan kopi, gula dan air panasnya.

Sunyi. Tapi, ketika itulah aku akan merindukan kekasih songsang aku. Dan ketika itulah aku sedar bahawa ada reason lain lagi untuk aku terus bangun pagi.

Dan kini, aku terasa hidup, di dalam beberapa jam yang pendek. Beberapa jam yang tak mampu semua orang miliki. Beberapa jam yang biasanya terisi dengan aksi kejar-mengejar. Beberapa jam yang biasanya penuh dengan peluh dan resah, nervous untuk pergi ke interview.

Dan, untuk sekali, kejutan dan basuhan cawan yang Dee buat, telah mengajar aku untuk menghargai sedikit apa yang aku ada. Dan tak perlu mengharap yang datang, banyak melimpah.

Dan, kalau aku beragama, perkataan yang akan Dee gunakan adalah, 'syukur'.

Dan, ya. Aku masih lagi mampu menikmati pagi yang erotis walaupun aku bangkit pagi.