Friday, 5 July 2013

Bunyi mesin rumput selalu membuatkan aku teringat tentang dunia.

Tiba-tiba, aku terasa yang semuanya bergerak laju.

Terasa macam semalam aku masih lagi meniarap di atas katil kayu itu, di dalam bilik di rumah ibu aku sambil menuliskan beberapa perkara di dalam jurnal aku, sambil kaset Ramones terputar perlahan di dalam playernya.

Seolah, seperti aku hilang, in between dua masa ini.

Merunsingkan.

Atau mungkin, aku cuma perlu berehat.