Thursday 31 May 2012

Tahi Judi

Kawan aku, sibuk bertanyakan aku sama ada aku sudah melihat folder-folder gambar-gambar perkahwinannya. 

Katanya, aku perlu tengok. Aku perlukan inspirasi, dan aku perlukan motivasi.

'Untuk apa?' tanya aku dalam hati. Karim memandang aku dengan sinis. Tapi, dia tetap diam, duduk di tepi aku, sambil sesekali akan dia lapkan kanta cermin mata gelapnya. Matanya merah, khayal, dan berat. 

Ketika matahari masih tinggi di atas, dan marah mencerah mencairkan isi bumi.

'Umur kau dah berapa?' tanyanya.

'Bila kau nak kahwin' tanyanya lagi. 

'Sampai bila kau nak jadi macam ni?' diajukannya lagi.

'It's about time, brother' katanya lagi.

Aku diam.

Lalu, aku pandang pada Karim, dan di depan mata kawan aku sendiri, aku cium rakus bibir gelap Karim, yang gelap diselaputi sesuatu dari tembakau kretek. 

Karim terkejut. Tapi, dia melayan.

Dari satu sisi, dunia sedang mahu Kiamat. Matanya dijegilkan. Melihat Kiamat yang berlaku di depan mata.

Dan, dari sisi aku pula, aku cuma cium mulut Karim yang sama jantinanya dengan aku.


Mulut Karim, berbau kretek.


Aku tak marah. Tapi, dunia makin mahu Kiamat.



Beberapa tahun sudah, di Central Market (nota ini aku curi dari seorang yang aku adore gambar-gambar yang difreezekannya)





[+] Jadi, kau mahu Punk Rock? 


Dude.
Punk Rock telah kembali.
Kalau semalam kau tak ada di Annexe, Central Market.
Kau rugi besar.
Sumpah!
Yup.


Persembahan semalam adalah satu petanda. Satu anugerah dari Dewa-Dewa Punk Rock. Ia boleh membuatkan Iggy Pop, Thom Yorke, Pete Townshend, Mick Jagger, Steve Ignorant, GG Alin (sekiranya dia masih ada), Joe Strummer, Joey Ramone, Dennis Lyxzén, Henry Rollins, Ian MacKaye, mamat-mamat Mars Voltar, Tim Armstrong, Lars Frederiksen, Johnny Rotten, Ozzy Osbourne, Lemmy atau mana mana yang mengaku punk menangis, angkat tangan, kibarkan bendera putih dan berhenti main mana-mana show.
Ini revolusi rock, bernaung dalam satu jasad bernama Avroco.


Aku serious ni, gampang.
(John Hafiz, Sin Chan. Jangan mengada nak pertikai atau komplen pasal hal ini. Duduk diam-dia dan ambil nota! Ini sangat crucial.)
Jangan main-main.


Punk Rock sudah kembali: Bersama Avroco and the Almighty.
Spontan, santai. Tapi merbahaya.


Macam tsunami atau sebelum tibanya puting beliung. Tenang, macam bom sebelum meledak. Ia tak perlu gimmik atau main cover lagu umbrella atau disinari berjuta lampu spotlight atau perlukan stage setinggi langit. Semua persembahan semalam adalah satu titik tolak untuk sesuatu permulaan yang baru. Ia muncul dengan dendam, lebih mentah, lebih liar dari semua band underground Malaysia disatukan kerana ia adalah persembahan dari Avroco, yang tampil bersama kawan-kawan lagenda di atas pentas, tanpa perlu apa-apa persediaan lagu ataupun gimik. Ia adalah ledakan kreativiti dan emosi yang bergerak dalam satu aliran masa yang sama.


One shot.


Pure Avant Garde.


Tanpa koreografi ataupun pengaruh MTV.


Seperti Pheonix, ia bangkit dari abunya dan terbang jauh membakar bumi.


Itu Avoroco and The Almighty.


Yang lain, LUPAKAN.
You dig?


*Hasil asal adalah dari dicuri sepenuhnya dari penulis lain, Fakapunch, yang lemas di dalam blogsfera, mungkin. Bila dia bernafas semula, aku harap, dia akan ada udara yang cukup, untuk dia tidak lemas semula. Seperti Semusim di Neraka, Fakapunch juga pernah menjadi buku untuk aku. Aku salin semula hasil tulisan ini, yang dicopy oleh seorang bloger lain. Aku tak ubah apa pun tulisannya, bukan sebab aku malas. Atau bukan sebab aku kaki copy dan paste, tapi, untuk aku jaga kesucian setiap bait yang dia tulis. Teruja yang dia tulis, teruja itulah yang aku rasa pada malam kejadian. Aku rindukan setiap saat malam itu- malam yang mana sepatutnya setiap jiwa yang menentang, perlu mati. Agar tak perlu lagi menjadi lembik pada esok harinya. Setiap jiwa melawan perlu mati pada malam itu, ketika Avocado & The Bad Voice sedang berada di puncaknya. Tulisan Fakapunch ini, dengan detail, terasa dekat dengan apa yang aku rasakan- Salleh G. Samsa.

Monday 21 May 2012

Kesan Dada (h)

Mak aku pernah pesan, 'jangan terperap dalam rumah lama sangat', ditakuti akan terlalu jauh ketinggalan dengan masyarakat.


Itu, pesan mak aku beberapa tahun dahulu. Ketika bulu-bulu dada aku, belum tumbuh meliar melitupi sebahagian kecil dada aku.


Tapi, hari ini, aku keluar, pergi bersosial dan pergi berhubung. Di beberapa tempat, dan bersama beberapa orang.


Dari satu sudut, kepala aku teringat kembali kepada nasihat yang mak aku pernah berikan kepada aku dahulu. Dan, dari satu sudut, aku mahu tahu, dia salah.


Walau berapa lamapun aku tak keluar dunia masih sama. Masih lagi akan berputar pada paksinya, pada paksi gilanya.


Masih lagi ada darah di sana sini, masih lagi ada jari yang tertuding. Ada lagi otak yang dipaksa keliru, dan ada lagi ruang-ruang bebas cuma dicabuli lagi, dengan lebih teruk.


Dan, seperti dahulu- seperti sebelum aku kurungkan diri aku di dalam rumah tumpang, di tempat sembunyi aku, dunia masih lagi punya bait-bait puitis yang tak habis lagi dikarang.


Gila.


Inilah kesan dadah.

Monday 14 May 2012

Berat-Berat Dalam Kepala

Kita semua sedang merancang, cuma yang bezanya, matematiknya.

Sebab tu, jangan hisap dadah, kalau kau tak mampu nak beli masa.

Selamat Hari Hari

Aku malas.

Dan, malas adalah motivasi yang menggerakkan aku untuk melakukan semuanya.

Jadi, kadang-kadang, aku boleh jadi terlalu malas untuk malas lagi. Dan, di dalam ketika-ketika seperti ini, biasanya, keadaan tak akan pernah menyebelahi aku. Akan selalu ada penggera kereta berbunyi, akan ada jiran yang bergaduh, akan ada bunyi pinggan mangkuk yang terjatuh ke lantai.

Dan, yang pasti, akan ada bunyi guli terjatuh dan bergolek di atas lantai, dan akan ada bunyi tapak kaki yang berjalan seolah menggunakan tumit, menekannya kuat melawan lantai, dan akan ada bunyi kaki kerusi diseret. Semuanya akan datang dari tingkat atas.

Jadi, ketika aku terlalu malas untuk menjadi malas, aku ketagihan.

Ketagihan kepada laju-laju adrenalin, dan kerinduan kepada gelora-gelora intelek otak, gelombang-gelombang nafsu bergusi. Kadang-kadang, aku cuba cari semula semua itu.

'Tapi, kau dah tak boleh patah balik', kata Dee Jr., 'dah parah'.

Jadi, sehingga hari ini, aku masih lagi terpaksa menanggung segala ketagihan dan kerinduan itu. Yang sesekali, menusuk halus ke arah sendi-sendi dan tulang aku. 

Lalu, membuatkan aku menjadi semakin malas untuk menjadi malas.

Tapi, aku masih belum sempurna untuk itu. Dunia masih perlukan kemalasan aku.


Ilmu Hisap

Dunia, mungkin sudah terlalu padat dengan formula-formula matematik, yang merumitkan.

Dan, dunia sudah semakin sakit otaknya, tertimpa oleh beban angka yang jatuh menjunam dari semua arah.

Semuanya angka. Semuanya kira-kira. Semuanya matematik.

Dan, aku tidak menulis tentang duit- sesuatu yang aku tak miliki sekarang ni.

Tapi, tetap semuanya masih mengenai matematik.

Untung Majid, dia langsung tak pedulikan matematik.