Wednesday 25 September 2013

Kerana aku masih sayang Dee Jr.

'Mana kita pergi selama ni?' tanya Dee pada aku, pada satu malam, ketika kami sedang di dalam gelap, mendengar kepada rekod Bob Dylan, sambil kami memandang langit yang terbentang luas, yang gelap, yang bertemankan dengan bintang-bintang yang nampak berkelip.

Aku diam, membisu dan tidak menjawab tanyanya itu, kerana aku buntu, atau tak bersedia, atau aku memang tak tahu jawapannya. Bahkan, soalannya cukup tricky, dan deep untuk aku tafsirkan ianya sebagai satu soalan yang mahu bertanyakan keberadaan kami semasa siang sebelumnya.

Bukan itu, setahu aku. Dan aku yakin.

Jadi, di balik suara Dylan memelodikan semua puisi-puisinya, aku diam tidak menjawab.

Aku tahu, dia rindukan diri dia sendiri, hidup dia sendiri, dan orang-orang yang pernah ada di kelilingnya. Aku faham perasaan rindunya itu. Rindu yang tak berpenghujung, rindu yang tak dapat dihuraikan, dan tak dapat difahami oleh orang lain, termasuk aku, katanya.

Dan, kerana rindu itulah, kami berdua terbaring di dalam gelap, terintoksikasi, berat dan deep, sambil kami dengar kembali kepada Dylan, untuk menyeru kembali romantik malam-malam yang pernah kami habiskan masa kami bersama satu masa yang lama dahulu. Dan, kerana rasa rindu itulah, timbulnya ragu yang sangat mendalam pada masa lampau yang pernah dia (Dee) alami. Rasa rindu itu juga, berbaur penyesalan. Tapi, ianya tak jelas.

Aku beritahu pada dia, ketika moment senyap beberapa saat di antara dua lagu- bukan salah kau, kau nak ke mana pun.  Ini hidup, dan kita semua memang traveller, backpackers kelas murahan yang cuma ada maruah untuk dibawa bekal menyusur di dalam dunia yang serba laju ini.

Dan, aku diam, menanti kembali Dylan memetik gitarnya, atau menghembus harmonikanya. Aku terasa terlalu bahaya deep ini, kalau aku jebakkan diri aku.

'Tapi, sekurangnya,' sambungnya, ketika kami bergelap mendengar kepada rekod Dylan, sambil mata kami memandang gelap di langit yang bertemankan bintang-bintang yang nampak berkelip dari jauh sana, 'aku cuma nak ingat, mana aku dah pergi selama ni, jauh sangat dah ke aku pergi?' sambil terdengar sedikit kerisauan di dalam ton suaranya.

Aku lepaskan keluhan kecil.

Dan, aku palingkan badan aku.

Entahlah.

'Mungkin,' kata aku, perlahan, di dalam intoksikasi berat, dan ketika terbaring di dalam gelap, 'esok, kita perlu bergerak laju sikit, selesaikan semua masalah dan tuntut balik semua apa yang kau rindukan, dan kita akan jejak balik, dari mana datangnya kau ni'.

'I love you, man' balas Dee ringkas, di dalam gelap.

'Hm' senyap, akhirnya.









Sunday 25 August 2013

Too bad.

Too bad kadang-kadang aku terpaksa mengelakkan diri aku dari bergaul dengan manusi-manusia yang terlalu baik, sampaikan mereka juga mahu aku jadi sebaik mereka. Too bad, kerana ada di kalangan mereka yang aku sangat respek. Dan too bad, ada di antara mereka adalah orang-orang yang pernah beri aku selesa.

Tapi, adalah terlalu berat untuk aku dipaksa menerima apa yang mereka mahu aku terima. Terlalu berat untuk aku abaikan bullshit yang ada, hanya semata untuk teruskan relationship yang tak masuk akal.

Aku tak suka dipaksa dan lagi licik permainan mereka, lagi licik aku akan cari cara mengelak kerana aku tidak lagi percaya bahawa perbincangan dan kemaafan akan membawa kepada keharmonian bersama. Bagi aku, manusia akan terus menipu untuk lari dari realiti mereka yang sangat menganggu. Lagipun, adakah keharmonian bersama itu akan meninggalkan implikasi baik di dalam hidup aku?

Tidak, aku yakin.

Jadi, itulah. Lagi licik aku ditekan, lagi kuat sinikal dan dendam yang ada.

Jadi, walaupun kecewa dengan diri sendiri yang mengelak bergaul, aku buat je lah. Kerana at the end of the day, aku tahu, mereka semua itu akan hilang, atas banyak reason.

Entahlah, mereka.

Saturday 24 August 2013

Padan muka.

Sebenarnya, aku agak menyesal bila aku tak ikut cakap hati aku dan lalu, berbuat baik pada manusia.

Tapi, yang aku dapat balik adalah soalan bodoh, dan perasaan digame seperti orang bodoh.

Entahlah, manusia.

Bulan sebiji.

Susah.

Wednesday 21 August 2013

Tak tahu.

Kalau aku ada super power yang boleh hentikan masa, aku akan buat.

Dan, aku akan pergi kepada setiap seorang yang perlu, dan aku mahu katakan pada mereka;

'hold on, dan beri aku masa dan aku akan kembali dan balas semua kasih sayang yang telah kau orang berikan'.

Tapi, aku tak ada super power tu dan hidup aku tetap laju.

Nasiblah kalau aku boleh kejar dan cope semuanya.

Bodoh punya orang.

'Mana dah kau tinggalkan?' tanya Dee pada aku.

Kusut. 

Dah berkali-kali dia tanya aku soalan yang sama. Pusing-pusing di tempat yang sama, dia akan ulang semula soalan itu.

Kalau tak pun, dia akan tanya; macamana boleh tertinggal?

'Apa yang kau cari, beb?' tiba-tiba Abu bersuara dari luar, mungkin serabut dengan kami yang ke hulu dan ke hilir.

'Hidup kami' jawab Dee, sebelum sempat aku buka mulut.

'Oh' balas Abu, ringkas dan malas nak layan.


Tambah kopi, makin pening.

Sebenarnya, aku sedang cuba cope dengan semua gagal yang aku ada ini.

Jadi, jika kau pernah rasa terabai, sila beri aku masa.

Ada banyak benda yang aku nak kena fix. Yang aku perlu fix.

Maaf, jika kau pernah rasa terabai, kawan.