Thursday 6 October 2011

Tepi dinding

Jika dunia tak mahu aku tinggal di dalamnya, aku akan cuba lari, dan cuba pulangkan semula ruang yang pernah aku curi.


Aku, akan cuba untuk mencari planet baru nanti, ya.

Monday 3 October 2011

Sarapan bersama Damien

Pagi tadi, lihat matahari terbit dari tempatnya. Dan dari celah-celah pokok-pokok konkrit, aku cuba nikmati dan curi indah cahayanya. Di kanan dan kiri telinga aku, aku sedang bersarapan, mendengar Damien Rice.


Aku kuatkan diri lalu aku pandang ke belakang aku. Ada kekasih gelap. Sedang duduk dan cuba mengulang bait-bait membunuh Damien Rice. Aku pandang tepat pada matanya, cuba mencari cerita di balik susuk yang indah itu.


Lalu, aku senyum. Aku katakan pada diri aku; biarlah kali ini, aku tumpang kasih sayang kekasih gelap ini. Dan biarlah untuk sekali ini, aku pinjam nafas kekasih gelap ini, sampai dia sendiri katakan pada aku, cukup.


Aku perlu pulang. Tempat aku memang di jalanan. Di lorong gelap, yang kotor dan yang jujur.


Lalu, ketika kekasih gelap melelapkan mata cantiknya dari terus memandang dunia jahanam ini, aku tarikkan langsir, dan aku letakkan dia di dalam dakapan Carlos, kekasih sebenar kepada kekasih gelap aku itu.


Mungkin, sakit itulah yang buat perasaan ini makin mahu hidup. Di samping Chairil Anwar, atau mungkin GG Allin.