Tuesday 30 October 2012

Dee Jr.

Dulu, Dee Jr. boleh tulis apa yang dia nak, bila-bila masa. Atas apa sekalipun, dengan keadaan macamana sekalipun. Dia akan boleh menulis, kalau dia mahu.

Tapi, tadi dia duduk di satu penjuru bilik kerja aku. Dia termenung. Memandang kosong kepada foto-foto yang ada di depannya. Sesekali, dialihkan pandangannya ke luar tingkap, kepada manusia yang sedang berpusu mengejar masa yang berlari pantas di hadapan mereka. Dee melepaskan keluhannya perlahan. Disangkanya, tak dapat aku dengar. Tapi, di balik suara Leonard Cohen, jelas aku boleh dengar keluhnya itu.

Aku diam. Malas nak bertanya. Tapi aku tahu, dia sedang buntu, tidak mampu menulis, walau sebaris ayat. Dia sedang kecewa, mencari laluan lamanya yang hilang entah ke mana.

'Teruskan jalan kau yang baru, kawan' nasihat aku kepada dia, entah berapa bulan lepas. Aku tak ingat. Tapi, yang aku ingat, kami sedang khayal dan kemabukkan tengahari itu, dan ketika kebanyakkan umat manusia pergi memenuhkan pasaraya di petang Ahad mereka, kami memilih untuk melangkah masuk ke dunia yang tidak real sangat.

Dia diam. Dengan keras kepalanya. Beberapa bulan sudah, dan tadi. Dia tetap keras kepala.

'Apa yang kau takutkan?' pernah sekali aku tanyakan kepada dia. Ketika dia berdiri panik sendiri di dalam bilik kerja aku ini. Ketika dia tiba-tiba diserang panik, ketika otak dia terlalu jem untuk membuat keputusan tentang apa sekalipun. Ketika saraf dia sedang kejang tidak dihirau oleh otak.

Tapi, dia diam. Dia tak tahu, aku yakin. Tapi, dia tak mahu bertanya.

Atau, mungkin dia tak tahu, bagaimana harus dia tanyakan soalan-soalan yang sedang bermain di dalam kepalanya.

Atau, mungkin dia sedang berfikir rawak tentang segalanya? Sehingga dia sendiri tak tahu, dan tak pasti tentang apa yang sedang difikirkannya.

Tapi, dia tetap diam. Membawa aku untuk menjadi diam, dan terus dengan kerja aku. Dan meninggalkan dia, sekali lagi, katakutan di satu sudut di dalam bilik kerja aku.

Untuk sekali, kawan, aku minta maaf, sebab tak dapat membantu.

Tuesday 23 October 2012

Ketika aku diparang.

Kalau saat aku menaip ni ada masuk ke dalam bilik kerja aku, seorang pahlawan bangsa Paranoid M dengan membawa parang pusakanya, dan mahu ditetaknya hancur badan aku, tiap incinya, aku akan katakan pada dia;

tetaklah aku sekarang, ketika bait lagu-lagu Cohen sedang menggila di dalam bilik kerja aku ini. Tetaklah aku sekarang. Biar darah aku mengalir,  diteman oleh malas suara bidadari berzakar. Tumpahkanlah darah aku, dan salutkan parang kau itu, dengan gema suara Cohen. Tetaklah. Tetaklah sementara lagu ini masih terpasang.

Aku akan mati sehingga kau puas!

Mama, harus bagaimana lagi?

Jadi, semalam Mak aku call.

Berbual. Seperti biasa. Ada argument dan ada soalan 'bila-nak-kahwin', dan seperti biasa, nada mak aku akan kedengaran sinikal bila bertanyakan soalan tentang kahwin. 

Aku gay.

Tapi, itu bukan sesuatu yang boleh aku beritahukan pada mak aku. Untuk seorang ibu yang lahir di tahun 40-an, isu kelelakian adalah satu isu yang tak boleh di bawa bergurau.

Jadi, apa yang perlu aku beritahukan kepada dia sambil dalam masa yang sama, tak ada sebarang kerumitan yang akan timbul di dalam perhubungan kami ini.

Bagaimana aku mahu terangkan kepada dia, yang seksualiti ini, bukan seperti baju yang boleh disarung, dicampak. 

Bagaimana?

Bagaimana mahu aku terangkan kepada dia, bahawa aku dan pasangan aku, hidup sama seperti pasangan lain? Pasangan normal lain?

Bagaimana?

Bagaimana?

Bagaimana?




Tuesday 16 October 2012

Superman

Dee Jr. memegang kemas tin birnya. Rambutnya disikat kemas, dan kumisnya dicukur licin. Baju kerjanya, masih belum dilepaskan dari tubuhnya, yang berjam-jam telah dilacurkan kepada tuan-tuan syarikat tempat dia bekerja.

Dee berdiri tegak, memegang bir. Sambil matanya, memandang kepada aku, yang sedang duduk di bawah lampu membaca.

Tak ada apa yang menemankan kami, selain dari diri kami masing-masing. Di luar, hujan masih lagi lebat. Dan, tubuh-tubuh manusia kesejukkan terlihat di merata tempat, cuba bergerak sepantas yang mereka mampu, untuk mencari tempat perlindungan.

Kami? Hanya mengurung diri, jauh dari segala macam jenis manusia. Atas banyak alasan. 

'Macam Leonard Cohen pernah cakap,' katanya memecahkan sunyi, dilepaskan perlahan nafasnya, dan dibisikannya di telinga aku, 'there's a crack in everything.

Dan, tak bijak untuk sesiapa pun terfikir untuk menjadi Superman, bila dia bukan Clark Kent.'

Dipegangnya bahu aku, diulang kembali bait ayat 'there's a crack in everything, brad' dan dia berlalu meninggalkan aku sendiri, duduk di bawah lampu membaca.

Hidup, masih panjang.

Keras Otak- Ini adalah hasil setelah aku secara sengaja men-delete semua apa yang telah aku taipkan tadi.

0

Saturday 13 October 2012

Melancap pagi-pagi.

Aku mahu buta waktu. Supaya aku tak takut pada apa yang bakal berlaku.

Babi.