Monday 13 February 2012

Pusing Mencari.

Pening. Makan. Tidur. Hisap. Tengok. Cakap. Pegang. Dengar. Teliti. Pusing. Tegak. What. Lalu. Duduk. Beranak. Am I. Pondan. Jambatan. Tesco Ampang. Supposed. Cempaka. Rumah. Kedai Makan. Persembahan. To Do. Basikal. Kerja. Uniform. Bangsa. Marah. Kepercayaan. Without. Sup Ayam. Perisa. Kuali. Selipar. Hub Shimano. You.

Sunday 12 February 2012

Cerita Yang Tak Boleh Habis Diceritakan.

Tadi, kawan aku telefon. Ajak aku berbual. Perkahwinan dia sudah semakin hampir. Dia cakap, dia keliru. Dia tak tahu betul atau tidak tindakkannya itu. Dia, kedengaran dengan jelas, sedang takut dengan keputusan yang bakal, atau sedang dibuatnya.


Mengingatkan aku pada tulisn Robert Frost yang aku belajar di dalam kelas Bahasa Inggeris, The Road Not Taken.


Jadi, ketika aku sedang berkanabis sendirian, sambil aku cuba melayan Lord Sunny Day yang aku download dari sini beberapa minggu yang lalu, F, kawan aku menelefon. Melepaskan keluhan dia, bertanyakan tentang persoalan yang membelenggunya untuk tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.


'Tapi, aku kena buat-buat suka' keluhnya. Sedangkan ketika dia terpaksa buat-buat suka dan gembira dengan semua keadaan, dia sebenarnya sedang bercelaru. Sedang bergelora kepala otaknya memikirkan tentang masa depan.


Masa depan. Sesuatu yang malap untuk aku. 


Tapi, dia telefon aku, untuk tanyakan tentang itu.


Aku diam, sambil dia terus-terus cakap dengan suara risaunya. Sesekali, aku terdengar sayup-sayup lagu Radiohead yang dipasang di biliknya. Aku senyum, mendengar kepada parahnya luka yang sedang dialami oleh F. Senyum yang tidak bermaksud untuk mengejek.


Damn.


Jujur, masa tu aku sangatlah stoned. Aku macam keliru. Apa yang aku dengar, sebenarnya? Adakah aku sedang mendengar kepada F? Atau pada lagu Radiohead yang sedang dipasang di belakangnya ketika itu? Atau aku sedang tidak mendengar apa pun ketika itu? Mungkin.


Tapi, kepala aku, terbayang pula imej-imej tentang hidup aku. Tentang aku, dan masalah aku di dalam perhubungan. Perhubungan sonsang yang menjadi rahsia kepada dunia yang mulia.


Tapi, kadang-kadang, aku dengar apa yang F cakap. Pasal masa depan. Pasal pilihan, pasal keputusan. Pasal semua benda yang tak mungkin aku akan alami.


Dia tanya aku.


Dan, kepala aku sedang sibuk bekerja mahu menghasilkan imej-imej masa lampau yang pernah menggembirakan hidup aku.


Masa depan. Pilihan. Keputusan.


'Kau fikirlah sendiri' kata aku, tiba-tiba. Tanpa aku sedar. Dan, F langsung diam. Dan, cuma kedengaran Karma Polis di speaker telefon aku. Dengan sesekali, datangnya bunyi angin dari kipas.


'Nasib baik kau faggot' kata F, langsung menamatkan panggilan.







Beberapa Malam Sudah

Beberapa malam sudah, aku merancang untuk membelot. 


Aku cuba untuk membeli tiket paling awal untuk aku terbang ke kota London. Kebetulan, ada peluang. Dan, otak aku dah terlalu sarat untuk ada menumpang di tanah yang memang bukan untuk orang-orang jahanam, yang tak ada moral, dan kemampuan macam aku ini.


Jadi, aku nekad. Aku tarik nafas panjang-panjang, aku fikirkan semuanya. 


Aku fikirkan tentang kerisauan terbesar aku, yang melibatkan seorang yang aku sayang. Tapi, itu cerita lain. Tolak tepi dulu.


Aku fikirkan, kalau aku berjaya meloloskan diri, aku perlu minta maaf kepada singer-songwriter muda bernama Nazim Ifran kerana tidak dapat membantunya di dalam beberapa hal yang dah aku janjikan. 


Dan, aku juga terpaksa meminta maaf kepada Joe, salah seorang ahli band yang membantu Nazim Ifran atas alasan yang sama.


Dan, dengan Aely dan isterinya lagi? Aku kena minta maaf sebab belum belanja mereka sebagai hadiah kahwin mereka, dan untuk projek baju pun belum bergerak.


Aku fikir lagi. Kalau aku lari sekarang, aku dah bersedia ke?


Kalau ikut perancangan, seorang bakal janda, dan seorang anak dara mahu mengajak aku menjelajah Eropah, empat tahun akan datang. Atau mungkin, kalau keajaiban berlaku, aku mahu keluar tahun depan. Sendirian, atau bersama kawan yang pernah merancang bersama dengan aku. Itu pun, kalau dia masih inginkannya lagi, atau sekurangnya masih ingat lagi pada angan-angan kami (yang mana sekarang perlu ditukar kata gantinya, dari 'kami' kepada 'aku' dan 'dia').


Untuk dua itu, aku cuba untuk sedia. 


Tapi, ketika aku sedang duduk di depan laptop dan merenung harga tiket penerbangan ke London, dan masa terdekat yang boleh aku beli, aku terfikir;


dah sedia ke aku ni?


Otak kanan dan kiri aku, bertelingkah. Bertumbuk. Kotak imagin aku, membayangkan aku, sedang memakai hoodie hitam, kesejukkan di bawah jambatan, bersama lelaki-lelaki British yang bergelandangan.


Aku biarkan otak aku bertelingkah, sambil aku melayan kotak imagin aku. Dan, badan aku yang kelesuan, seolah menantikan jawapan. Menantikan berani aku timbul, untuk menolak segala kemungkinan buruk. Yang sangat buruk.


'Ah. Lantak' kata hati aku.


'Sabar' kata otak aku.


'Cepat lah, babi!' herdik badan aku.


'Tak lepas lah, bro' kata Z, kawan aku.


Babi.

Terjumpa Buku

"Dear God or whoever is listening,

I'm tired of being sad, of sleepless nights & emotional outburst(s). To make believe that it's gonna be okay in the end, to force a smile in order to cover the frown & to pretend in front of everybody. For once, I want this to stop.

Please."

Tekan sini, dan nikmati apa yang ada. Mungkin, dunia kau terlalu laju untuk diri kau yang perlahan. Gunakan ubat ini, jadikan ia teman, dan carilah ubat lain yang similiar dengannya.

Sesungguhnya, kesakitan manusia lain, adalah ubat kepada kesakitan kita.Atau peneman, dalam kata yang lebih sopan. Mungkin.

Atau mungkin, kita cuma gembira bila kita sedar di kesibukkan dan kegilaan manusia, masih ada lagi manusia lain yang kesesakkan, dalam bentuk yang lain.

Satu hari, aku yakin kita semua manusia sesak, akan berlari pakai kostum, macam Chuck Palahnuik, dan kita akan gembira tanpa kita tahu, siapa di balik kostum itu, yang ada sama dengan kita.

Biarlah. Dunia. Terlalu sempurna untuk aku fikirkan.



p/s ayat yang di-quote diambil dari buku ini.

Karim Berkawan Dengan Siapa?

Karim,


Bila aku tanya soalan, kau buat-buat tak dengar. Alasannya, kau takut.


Tapi, bila manusia sempurna yang sejelasnya adalah kawan kau, yang kononnya buat kau rasa benci tanyakan kau soalan yang tak ada kaitan dengan kau, kau sanggup berpecah kepala untuk memikirkannya.


Bila ada masalah, kau suruh aku tanya, untuk pastikan. Tapi, bila aku tanya, seolah macam aku sedang cakap dengan dinding biru. Dan, bila aku diam, kau cakap aku marah, lalu kau ponteng dari datang ke pub.


Dan, jujurlah. Kau tak payah menanggung sakit lagi. Untuk apa? Sampai kau sanggup pertahankan apa yang kau lawan?


Atas nama apa? Atas kepercayaan yang kau pun tak pasti? Tapi, untuk aku, kenapa susah untuk kau percaya?


Jadi, Karim, aku tahu semua ini salah aku dan Dee Jr., tapi untuk sekali ini sekarang, fikirkanlah, siapa yang mahu, dan siapa yang sampah?


Tepuk dahi, tanyalah yang sempurna.


Maafkan kami atas ketidaksempurnaan kami. Dan maafkan kami kerana terlalu mudah tersalah faham akan ayat-ayat kau yang sebenarnya bermaksud lain.


Jujur, kami akui kebodohan kami untuk ini.


Dan, usahlah kau katakan yang kelompok baru yang kau temui itu, menyakitkan kau, membuat kau mual. Sedangkan, merekalah yang memberikan kau nafas baru yang jauh lagi baik dari apa yang bar buruk kami ini boleh berikan pada kau.


Nanti, kalau aku sudah cukup duit, aku akan cari pub baru, yang jauh dari kesempurnaan kelompok baru kau itu, ya. Dan, jangan kau cakap, kau akan bosan. Kerana, aku yang selalu tak boleh nak faham benda ni pun, boleh faham situasi sebenar sekarang.


Tak apa. Untuk kau, aku dan Dee Jr., kita layankan semua ini. Kerana memang lumrah untuk kita untuk menelan apa yang dunia mahu kita telan.


Mari julang gelas wine.

Tepuk Tangan. Bukan Dahi.



Untuk seketika, mari kita diam dari marah, dan rayakan perasaan yang cuba kita sorokkan.

Dunia, yang terselaput moral, kau menang. Aku ucapkan tahniah untuk kau. Untuk sekali ini, kau menang.

Untuk aku yang tidak bermoral ini, masih ada lagu untuk aku dendangkan dengan senang. Lagu untuk aku rayakan kekecewaan hilangnya saniti.

p/s tajuk lagu, 'Hilang' oleh Nazim Ifran.

Saturday 11 February 2012

Tanpa Sebab

'Tapi, kenapa?' tanya aku pada Dee Jr.


'Melihat kepada kehancuran fizikal material yang kau miliki, adalah pengajar terbaik di dalam menyedarkan kau tentang kehilangan dan kesakitan.


Kau cuba buat. Kau cuba hempas sesuatu. Kau cuba hempas keyboard kau, sampai berterabut hurufnya, dan kau akan tahu kelegaan mutlak yang aku dapat.


Cuba kau hempas benda yang lagi mahal. Yang lagi susah untuk kau dapatkan. Kau lihat satu persatu kehancuran yang terpaksa diterimanya, dan dari situ, kau belajar, untuk menerima kerosakkan, menerima ketidaksempurnaan, menerima kehilangan, dan kesakitan. Dan, kau akan belajar untuk menelan segala kerosakkan yang dah kau lakukan.


Apa yang hilang, cumalah dunia. Sedangkan kau, dah lama dimatikan oleh kesempurnaan mereka.


Cubalah.


Better than forced sex.' balasnya tanpa dia tunjukkan sebarang perasaan yang jelas.


Aku diam dan bar masih bising.

Dee Jr.

Dee Jr.,


Biar.


Biarkan.


Kau yang bodoh, dan kau yang melakukan kesalahan, in a first place.


Kau nak keadaan baik? Layankan. Telankan. Bukannya kau tak biasa.

Kicap

What a bunch of losers.

Cumalah kisah tentang anak-anak orang kaya yang merungut tentang hidup.

Jijik. Dan menggelikan.

Memualkan.

Lalu, diajak sekali si miskin untuk sertai. Jadi, mata aku cuma memandang.

Manusia, dan manusia, dan manusia. Yang artificial.

Yang meminta maaf ketika kemabukkan.

Jalan Hidup

‘Manusia,’ kata Dee Jr., ‘bukan kau tak kenal’ lalu dihabiskan sisa bir dari dalam gelasnya. Dimintanya lagi segelas.

‘Tak perlu kau berikan mereka syurga. Cuma kau perlu berikan mereka kunci, dan kau katakan pada mereka, itula kunci syurga, maka mereka akan langsung buang segala apa yang mereka ada. Mereka akan buang syurga lama yang pernah mereka diami. Jujur, kau sendiri dah pernah nampak semuanya, kan?’ Dia lemparkan senyumannya kepada pelayan bar yang meletakkan bir di depannya.

‘Cuma berikan mereka kunci’ ulangnya perlahan.

Aku cuma diam.

Ya. Manusia, boleh jadi sangat menakutkan, walau siapapun mereka kepada kita.

Dunia

Satu hari nanti, aku harap dunia akan sedar bahawa bila sebiji batu dicampakkan ke dalam lautan yang besar, fitrah air lautan itu akan berubah.

Walaupun yang dicampak, hanyalah sebiji batu.

Aku harap, satu hari nanti, dunia akan sedar akan hakikat itu.

Satu hari nanti.

Manusia Sempurna

Manusia, dengan ayat-ayat indah mereka, dengan retorik mereka, adalah sangat memenatkan. Dan, apakah terlalu sukar untuk manusia, menyatakan dengan jelas pendirian mereka, tanpa perlu mereka memberitahukan kebenaran itu dengan cara mengejek dan menghina?

Dan, selepas diejek dan dihina, mengapa pula mereka mahu datang dengan ayat-ayat indah, dengan kata-kata intelek, memahukan dunia yang lebih baik?

Manusia, dan ayat-ayat indah yang memberi harapan mereka, sesungguhnya lebih kejam dari sekapal peluru tajam.

Damn.

Di Mana Jalan Keluar Untuk Kuil Suci Kau Ini?

Aku perlu keluar dari kuil sempurna ini, kuil yang hanya boleh dibicarakan oleh manusia-manusia suci dan sempurna, yang dahulunya pernah menerima ketidaksempurnaan aku. Aku perlu keluar, mencari lorong-lorong kotor, yang cacat, dan yang penuh dengan cacat. Lorong yang akan menerima siapa sahaja, yang tidak sempurna, yang terpinggir, yang terasing, dan yang diasingkan. Lorong yang tidak perlukan kesempurnaan untuk menerima masuk sesiapa sahaja.

Aku perlu keluar.

Dari lingkar manusia-manusia yang mahukan sempurna. Manusia-manusia yang mahukan sempurna yang terlalu takut untuk halau aku, dari kuil suci mereka. Lalu, mereka akan datang dengan kata-kata mereka, mengharap aku, menyebut kata-kata sakti, yang aku mahu beredar.

Aku perlu keluar.

Untuk aku menghapus dosa, yang terpalit kerana aku telah mencuri ruang dan masa, bidadari-bidadari suci, yang sempurna. Padahal, sikit pun, mereka tak membenarkan aku, tidak memberikan aku hak di sana.

Jadi, aku perlu keluar.

Mencari pendosa-pendosa, yang yakin, aku masih lagi ada nyawa. Masih lagi ada peti suara, dan masih lagi ada hati.

Bukan di sini. Bukan lagi di kuil suci ini, di mana aku telah dimatikan, telah dibisukan, telah dibutakan oleh kesempurnaan mereka.

Tepuklah tangan. Dan, kau campakkanlah memori itu semua, ke dalam tong sampah di depan kuil besar suci kau.

Aku perlu keluar. Memulangkan gembira tuan, dan bidadari-bidadari sempurnanya.

Aku perlu keluar. Untuk memberi ruang kepada jiwa-jiwa sempurna masuk, mewarnai dinding kuil suci.

Aku perlu keluar, bersama kekotoran dan ketidaksempurnaan yang tidak dijemput ini.
Aku perlu keluar.

Tuesday 7 February 2012

Dee Jr.

'Kita bukan marah. Kita tak berhak marah. Mungkin, kita cuma kecewa. Mungkin'.


Setelah sekian lama menghilang dan menyepi, Dee Jr. tiba-tiba hantarkan pesanan ringkas kepada aku.


Aku tersenyum.

Pencungkil Gigi

‎'Sekurang-kurangnya, Faggot (baca: gay) tak buang bayi dalam tong sampah, dalam longkang, dalam parit, tepi surau, walaupun kau cakap, mereka jijik, songsang, pukimak, haram jadah, geli, Nabi tak mengaku umat, dan sebaginya' kata Dee kepada Pak Lebai yang membebel di depannya, berbual tentang bagaimana jijiknya anak muda yang into homoseksual punya hal ni.

Pak Lebai, macam marah. Tak senang. Kopiahnya, diletakkan di atas meja. Di tepi cawan kopi yang dah suam.

Dee Jr.? Dia hanya memandang Pak Lebai tu dengan pandangan sinis, dan terus mencungkil gigi.

Mimpi

Dee Jr.,


Semalam, aku mimpi yang aku gunakan ilmu hitam untuk cantikkan muka. Ada bomoh ni, letak sesuatu di atas muka aku. Dan dia cakap, aku tak boleh tengok cermin dalam tempoh 40 hari.


Aku mimpi itu semalam. 


Dan pagi tadi, waktu aku bangun tidur, aku cuba untuk mengelak tengok cermin.


Bodoh, atau di bawah sedar?








p/s Fah, budak rumah lama aku,  mimpi aku melarikan anak dara sunti orang ke Thailand, masa dia demam tenpoh hari. 

Oh, Dee dan Karim

Karim takkan bangkit dari tempat tidurnya, selagi Am tidak bangkit.


Karim tidak akan berbual dan akan memberikan alasan 'penat' bila Am tiada berdekatan. Dan, itu akan berlaku setiap kali. Tapi, kalau Am ada, dia akan boleh habiskan masa sepanjang malamnya berbual walau dia penat macam mana sekali pun.


Karim akan melepek sepanjang hari, kalau Am tak ada. Karim akan cuma akan bercakap kurang dari 20 patah perkataan, untuk tempoh enam jam, jika tak ada si Am berbeza bila dia ada bersama dengan Am, dia boleh berbual dengan kadar, 200 patah perkataan seminit.


Karim tidak lagi mahu berbual bahasa biasa yang dia bualkan.


Tak jelas lagi?


Jadi, untuk apa lagi kau suruh aku tinggal, Dee? Jadi, untuk apa aku datangn masuk ke dalam studio mereka, dengan tanggapan aku masih dianggap sebagai kawan, dan ahli komitee, padahal pada hakikatnya, Karim mengalu-alukan kehilangan aku. Macamana dia alu-alukan kehilangan kau.


Jadi, bila Karim tawarkan dirinya untuk berada di sisi kita ketika kita ada masalah, atau apa sekalipun, berkemungkinan besar, itu cumalah sekadar kata-kata. Penting macamana pun apa yang kau nak sampaikan, Karim akan anggap ia sebagai jenaka dan tak penting, dan untuk itu, kau akan kecewa.


Jadi, untuk apa?


Mungkin, Karim boleh cakap, aku yang salah tafsir. Tapi, mungkin itu dulu. Tapi, sekarang sudah jelas. Tanpa perlu aku tafsir pun, aku dah boleh faham. Dan, kalau kau sendiri tengok depan mata kau, kau akan pandang aku, dan senyum. Melihat dia gembira secara itu.


Aku yang dituduh tidak mahu baiki keadaan. Dan, sebagai orang yang penuh dengan silap, dan takut, aku akur. Aku cuba fikirkan yang semua ini, mungkin salah aku. Atau kau, Dee.


Kerana itulah yang sepatutnya terjadi.

Kucing Berbadan Anjing

Dee Jr. pernah cuba untuk menyelamatkan anak anjing dari kelemasan.


Dunia cakap, dia pun mahu selamatkan anjing itu. Dan, kerana itu, Dee Jr. bertekad untuk melakukannya.


Dunia senyum. Dunia cakap, terima kasih, dia juga mahu lakukannya.


Tapi, tiba-tiba ada anak kucing yang lalu.


Lalu, dunia cakap;


'go to hell, anjing ni haram dipegang', dan berlalu pergi bersama dengan anak kucing. Meninggalkan Dee Jr. seperti orang bodoh, sendirian di dalam longkang besar itu.


Dan, haram, cumalah alasan. Realitinya, kucing yang lalu itu, cantik dan lawa. Dan, sempurna.


Jadi, kenapa di kemudian hari, Dee dipersalahkan bila anjing yang diselamatkannya itu, dilepaskan dan kemudian mati terlanggar?


Dunia tanya, 'kenapa kau tak peliharanya?'.


Dee diam, kerana dia tahu, apa pun jawapannya, tak akan pernah dunia nak ambil sebagai jawapan. Tetapi, hanya sekadar gurauan manusia yang berfizikal hodoh, dan bermental sakit.


Jadi, Dee Jr. mahu dunia gembira. Lalu, dia angkat kaki. Dan berlalu pergi. Tak ada jawapan yang diberikan. Tak ada tarian yang ditarikan. Cuma diam.


Dan diam. Sambil dia mengharapkan yang dunia akan terus gembira.


Terima kasih.

Asing

Cerita itu, kisah itu, lawak itu, bahasa itu semuanya, bukan yang boleh kau fahami.


Sekarang, kau adalah orang asing, yang langsung tidak pernah dikenali, dan kau menumpang rumah orang tanpa malu. Tanpa kau faham dahulu bahasa yang tuan rumah kau gunakan.


Dee Jr., kita memang sedang menjahanam sangat.


Tapi, tak apa. Kau dan aku, akan lali dengan semua mokeri seperti ini.


Kau bukan kawan, kau cumalah kain buruk, yang diakhir kisah akan diletakkan kesemua kesalahan di atas bahunya. Kain buruk, kau ingat ada siapa yang nak hargai kewujudan kau? Ditambah, kau penuh dengan paranoia dan kesalahan silam yang bagi orang lain, tak akan dapat kau kikis dari hidup kau.


Kau adalah sampah. Atau mungkin, kau masih lagi manusia, yang cuma layaknya dilayan seperti sampah, bagi dunia.


Ingat itu, sampai mati.

Layankan

Kan senang, bila kau berterus-terang tentang apa yang kau mahukan. Kan lebih mudah. Supaya aku boleh sedar diri.


Jadi, layankan.


Aku gembira bila kau gembira.



Monday 6 February 2012

JIka Aku Seorang Robot

... aku pasti, aku akan bodoh. Dan akan menyalak menyuruh orang jangan meniru budaya barat. Sambil aku pegang gitar Les Paul dan menyanyi ala-ala Thom Yorke.




p/s tiada kaitan dengan sesiapa. Cuma sesuatu yang tersangkut di dalam otak aku.

Sunday 5 February 2012

Alkohol

Tidak semua orang maksudkan apa yang mereka katakan, bila mereka sedang berada di dalam situasi yang memaksa.


Manusia, sanggup melakukan apa sahaja untuk selamat, dan untuk senang. Mereka sanggup membeli, berlakon. Mereka sanggup untuk seketika, meletakkan ke tepi ego mereka. Mereka sanggup melakukan apa sahaja.


Mungkin.


Survival of the fittest. 


Jadi, berhati-hatilah.


Mereka yang kejam, yang lebih kejam dari kita, ada di mana-mana. Kita berkongsi udara dan cahaya matahari bersama dengan mereka.










p/s untuk menjadi kuat, jangan sesekali menjadi monoriti, atau miskin, atau penuh dengan paranoia.

Saturday 4 February 2012

Cinta Muka Buku Bapak Aku

Dee Jr.,

Sama seperti aku, aku tahu hari ini, kau akan melalui satu hari yang besar untuk kau.

Dan, mungkin kita punya perasaan gentar yang sama, atau tidak. Aku tak dapat nak pastikan.

Cumanya, kita tahu, apa yang akan berlaku di sana. Di dalam cerita kau. Dan, kita tahu apa yang kita fikirkan. Dan, aku mahu kau tahu, walau satu dunia sekalipun yang pandang rendah pada kau, atau memperlekehkan kau, atau memperbodohkan kau dengan harapan-harapan tipu, aku mahu kau tahu, aku akan selalu ada untuk kau.

Walau tak ada seorang pun dalam dunia yang mahu akan kewujudan kau.

Aku ucapkan selamat berjaya untuk kau, dan aku harap, aku boleh berada berdekatan dengan kau, dan temankan lakukan apa yang perlu kau lakukan. Tapi, maaf. Aku sendiri, bakal menghadapi sesuatu yang baru hari ini.

Dan Dee Jr., aku harap, kau dengar nasihat aku sebelum ini, mengenai Karim, dan mengapa dia selalu berkelakuan seperti itu.

Aku harap, kau tidak lagi meletakkan apapun harapan di dalam diri kau. Kerana, tak ada siapa yang akan percaya yang kita akan berubah menjadi yang lebih faham dari sebelumnya.

Dan, aku harap kau sedar, semua rancangan yang kau pernah ada dengan Karim, bukan lagi rancangan milik kamu berdua. Tapi, ia cumalah kau seorang, atau rancangan Karim, dan kawan-kawan barunya. Kau, aku dan dia, tak mungkin akan sama macam dahulu.

Kau, aku dan Karim- nama kita tak akan lagi ditulis di dalam satu ayat yang sama. Nama kita juga tidak akan lagi diletakkan di dalam satu perenggan yang sama.

Nama kau, dan aku mungkin hanya ada di dalam buku ceritanya untuk dia simbolkan tentang kesengsaraan, dan kejahanaman.

Dan, apa yang kita soalkan, apa yang kita jawabkan, bukan lagi sesuatu yang relevan untuk dia. Kita tak pernah beri dia jawapan yang dia mahukan, yang dia harapkan. Sedangkan, dia sudah jumpa kawan-kawan yang boleh menjawab segala persoalan dia, segala kegusaran dia, segala permintaan dia. Jadi, untuk apa lagi kita berdiri atau membiarkan dia berdiri di sebelah kita bila kita tahu dia gembira?

Kau kena percaya cakap aku, memandangkan kau sendiri dah larikan diri, dan lari dari melihat realiti yang aku yakin, boleh mengajar kita tentang banyak hal. Hal yang akan mengubah hari esok kau dan aku, selamanya.

Lagipun, ketika Karim sedang khayal dengan pil-pilnya bersama dengan teman baiknya, dia dengan jujur menjelaskan segalanya. Dan, aku sudah tadah segalanya. Untuk kau, dan aku. Kau tak perlu risau. Aku dah wakilkan kau untuk dengar kepada setiap bait. Dan melalui tiap detik itu dengan tenang sekali. Dia gembira dan dia benar-benar gembira. Kita perlu biarkan.

Percayalah cakap aku. Kau dan aku, kita bukan lagi pengemudi kapal yang diharapkan dia lagi untuk mengemudi. Kita selalu tersasar.

Dan, dari jauh, aku ingin pesan pada kau supaya kau terus kuat dan aku sendiri akan cuba melakukan hal yang sama di sini.

Aku harap, kau boleh fikirkan semuanya, dan kau sedar tentang realiti kau, dan aku.

Kita cumalah kain buruk, yang dinanti untuk dibuang jauh. Cumanya, kita belum dibuang terus kerana masih belum ada lagi tong sampah yang muat untuk kita.

Apapun, selamat berjaya Dee Jr.

Aku masih percaya pada kau.

Sayang.

Thursday 2 February 2012

Dee, Ini Karim Punya.

Kepada Dee Jr.,


Memandangkan kau tidak lagi dapat dihubungi, jadi aku terpaksa pos benda ni, dalam ni, untuk kau.


Ingat lagi, bila kita sedar yang Karim tak lagi rasa teruja untuk melepak dengan kita? Atas sebab ketidak-sempurnaan dan kecacatan kita?


Dengar sini, memandangkan kau dah tak ada, aku ambil keputusan untuk melepak di rumah dia. Untuk beberapa jam.


Dan, selama beberapa jam tu, mungkin empat atau lima jam, dia cuma sudi berbual dengan aku, sebanyak kurang dari dua puluh patah perkataan.


Dan, dia tambah lagi dua puluh patah, bila aku nak keluar dari rumah dia. Masa tu, baru aku diajak berbual dan, keadaan Karim bukan macam ni, kalau si Am ada.


Tandanya apa?


Tandanya, pemergian kau, sangat dialukan.


Percayalah cakap aku.

Wednesday 1 February 2012

Oh, Karim.

Karim, memang dah jarang berbual dengan kami. Dengan aku terutamanya. Tak macam apa yang pernah berlaku. Mungkin, kisah hidup kami, dah lain masing-masing. Jadi, mungkin dahulu, dia tak ada sesiapa untuk dia lepaskan segala apa yang mahu dikongsikan. Dan, sekarang aku tak lagi diperlukan memandangkan dia sudah punya teman-teman sebaya baru yang jauh lebih cool, dan baik dari kami, yang selalu kejahanaman. Yang cuma akan selalu terperap di rumah dan di bar.

Tapi, Karim tak mahu berbual dengan aku hari tu. Tak mahu bercakap dengan aku. Atau pun Dee Jr. Kadang-kadang, bila dia tak ada tempat lain untuk dituju, dia akan pergi kepada kami, dan duduk di celah-celah kami, di dalam bar, memasang angan mahu membeli arak di Deretan Botol Arak Mahal di sebalik bar.

‘Kau gila’ kata Karim, ‘dan,’ sambungnya lagi, ‘Dee tu, lagi jahanam’.

Kami penuh dengan paranoia, katanya. Dan, kami akan selalu cakap hal-hal yang tak relevan, dan menyakitkan hati.

Dan, setiap apa yang kami katakan, akan menyebab bencana emosi, atau kejahanaman fizikal.

Kami, kaki potong. Potong keriangan orang. Di atas kepala kami, ada awan hitam.

Benar. Itu kami.

Tapi, bukan sentiasa sepanjang masa kami bercakap seperti itu. Sesekali, kami masih lagi punya saniti, dan kewarasan, dan kami boleh berbual macam manusia ‘normal’ lain, jujurnya.

Tapi, Karim masih lagi kental. Dia tak percaya seorang pun dari kami, dan rasanya dia sendiri dah terlalu bosan dengan apa yang kami miliki, atau apa yang kami tak miliki.

Jadi, dia memilih untuk tidak bercakap dengan kami. Atau kalau dia mahu bercakap sekalipun, dia akan tunggu ketika ada ramai manusia di sekeliling. Dia tak akan lagi berbual secara peribadi dengan kami, seperti yang pernah dilakukannya dahulu.

Kami gila. Katanya.

Dan, kami penuh dengan paranoia.

Dan, sebagai pesalah sosial dan penjahanam yang tak ada moral, dan tak layan untuk hidup, kami reda dengan keputusan Karim, dan kami sedar akan diri kami.

Dan, sebagai orang yang sedar, kami akan cuba untuk buat yang terbaik, membahagiakan jalan hidup Karim, sepertimana yang dimahukannya.

Karim, lebih penting. Jauh lebih penting dari aku dan Dee Jr.

Dan, Karim. Memang kami jahanam, dan kami tak sempurna. Kami cakap dengan bahasa yang teruk. Bahasa mulut jalang. Tapi, kau perlu ingat yang dalam sejuta yang kami bualkan, masih ada sepuluh yang masih lagi logik, dan boleh diterima bual, kalau kau mahu menerimanya sebagai yang logik.

Tapi, malangnya.

Tapi, aku faham. Untuk apa Karim pecahkan kepala dia, berbual dengan kami, sedangkan dia, selalu dikelilingi oleh mereka yang jauh lebih cool dari kami- manusia-manusia yang tahu, masa bila untuk cakap apa. Manusia yang pandai memilih tempat untuk bercakap. Bukan macam kami.

Dan, mungkin lepas ini, Karim tak perlu lagi memberikan alasan bahawa dia takut untuk berbual dengan kami, atas sebab apa yang kami cakapkan, semuanya akan menjurus, akan membawa kita terjerumus ke dalam kancah sakit kepala yang menjengkelkan. Kerana kita tahu, bila masa Karim akan buka mulut, dan bila dengan siapa, dia akan membicarakan sesuatu seperti manusia yang sedang hidup. Bukan seperti ketika dia melepak dengan kami berdua sahaja, yang mana, dia akan cuma diam. Dan, bila ditanya kenapa diam, dia cuma akan berikan alasan-alasan tipikal yang terpaksa kami terima.

Dan, sebagai manusia-manusia tidak sempurna yang pernah membuat kesilapan, dan diadili berulang kali dengan kesilapan yang sama, kami akur.

Tapi, dalam masa yang sama, di dalam kecewa dan sedih kami, kami- aku terutamanya, tetap mahukan Karim dapat hidup dengan lebih bahagia.

Jadi, sementara aku masih punya masa dan ruang, aku akan cuma ada di sisi dia, bila aku diperlukan walaupun dalam kebanyakkan masanya, tak ada lagi semua tu. Aku cuma seperti seorang doctor yang kerja ‘on-call’, yang cuma menanti, jika-jika ada kecemasan di bilik bedah.

Aku, dan Dee Jr. cumalah individu-individu ‘just-in-case’.

Tak apa. Sekurangnya, ada jasad yang kami mahu tersenyum, akan merasa hidupnya. Walau untuk sekali sahaja.

Dan, Karim. Jika aku dan Dee ada buat salah pada kau, sampai menganggu emosi dan fizikal kau, aku harap kau maafkan kami, atau sekurangnya, tunggukan detik kematian kami, untuk buat kau benar-benar lapang dari memikirkan kami. 

Kau perlu gembira tanpa kau perlu kerutkan muka, tanpa perlu kau sakit kepala, walau sesaat pun. 

Kau terlalu baik untuk disakiti, Karim.

p/s Karim, aku harap kau akan belajar minum arak ala-ala kawan baru kau. Pub yang bakal kau pergi, mungkin bukan lagi pub yang sama, dengan pembancuh air yang sama.