Thursday 22 March 2012

Seks Songsang

Dee Jr. berdiri, di sebelah Karim. Mereka berpegangan tangan. Dan, sesekali, kepala Karim akan jatuh di bahu Dee Jr.

Dan, aku hanya memandang, di balik cahaya kelip yang banyak, yang menyinari sebahagian besar kegelapan, dan kesejukkan yang kami semua sedang nikmati.

Dan, di tengah-tengah lost mereka, di tengah-tengah laju yang ada di dalam salur darah mereka, mereka berbisik. Berbual, sambil Dee Jr. memandang kepada Karim. Dan, seperti sepasang kekasih, mereka berbual, dan tersenyum. Kedua mereka. Dan, aku hanya memandang.

'I love you', tiba-tiba aku terdengar, keluar dari mulut Dee Jr. dan, Karim, membalasnya, dengan kucupan di bibir. Di bawah sejuk, di dalam gelap. Dan, aku duduk di satu ruang, sambil tersenyum, dan sambil mendengar beruk-beruk melompat berjoget kepada lagu-lagu rancak.

Cinta. Mereka sedang berbalutkan cinta. Aku biarkan. Mereka kesejukkan.

Dan, malam itu, aku sedar yang Dee dan Karim, mereka pernah saling mencintai satu masa dahulu.

Dan, ketika malam ephorik itu tiba, terpelanting sekali perasaan yang pernah ada, masuk ke dalam salur darah mereka.

Lalu, mereka lemas di dalam perasaan mereka. Dan, aku langsung hilang dari realiti mereka.

Tak apa. Untuk sekali, aku biarkan. Kerana aku lihat, mereka tersenyum.

Wednesday 7 March 2012

Karim

Aku mahu Karim tahu, dia perlu pilih apa yang menggembirakan dia walaupun, kadang-kadang, mungkin keputusan yang diambilnya akan menyakitkan orang yang dia sayang.

Hidupnya terlalu cantik untuk dicacat-celakan oleh aku, dan Dee Jr.

Dan, aku mahu Karim tahu, kegembiraannya adalah apa yang selalu kami harapkan.

Selamat Hari Raya, Karim dan hari ini, bila kau telan semua biji benih itu, kau akan pergi ke dunia yang lain, merayakan imaginasi kau.

Semoga berjaya.

Tuesday 6 March 2012

Hiruk Pikuk

Hiruk-pikuk. Bising. Menjengkelkan. Dan, mendebarkan. Semacam menonton sinetron di awal pagi. Penuh dengan zoom-in dan out, dan, slow-motionnya lagi.

Dee Jr. menengking Roslan. Ditumbuknya Roslan sehingga meleleh air matanya. Karim, melihat. Karim marah. Marah pada Dee Jr., Karim marah pada Roslan.

Lalu, ditumbuknya Roslan, dua kali.
...
Roslan rebah. Diam. Kaku.

Aku? Duduk di satu penjuru bilik, dengan John Frusciante di telinga aku, dan dengan balutan sakti di tangan aku. Kepul asap, menemankan aku, menonton sinetron penuh debaran ini.

Monday 5 March 2012

Stoned Lah Sial

Kosong.

Mungkin, cuma itu yang tinggal di dalam kepala otak aku ni.

Tapi, tak apa. Semua ni, sementara je.

Nanti, bila dah baik semuanya, kita beli wine, dan lepak di taman sambil berbual pasal jahanam, ok?

Helai-Helai Daun Deep

Kadang-kadang, kita cuma perlu senyum, dan hadap jahanam yang terhidang di depan kita. Rungut dan keluh, kita lepaskan. Tapi, kaki kita tetap perlu jalan.

Selamat pagi Isnin, dunia.