Wednesday 6 June 2012

Neraka yang hilang

Mak aku pernah cakap bahawa, 'tak mesti kau perlukan duit untuk kau gembira', beberapa tahun yang sudah, masa bulu dada aku belum lebat macam bulu dada aku hari ini.


Tapi, aku tak percaya. Sebab, dunia selalu tunjukkan kepada aku, bahawa duit adalah pengukur bagi hampir kebanyakkan benda. Duit itu wujud di celah-celah kegembiraan percuma yang kau sedang raikan.


Jadi, aku cakap pada  mak aku; that's total bullshit.


Tapi, pagi ni hidup aku sendiri, melalui Facebook dan IM-nya, membuktikan kebenaran kenyataan mak aku yang dia lafazkan pada aku beberapa tahun sudah;


'tak mesti kau perlukan duit untuk kau gembira'.



Kereta Terbang

Dini cumalah seorang kerani, merangkap jurujual di salah sebuah kedai alat muzik di ibu kota. Dia, mungkin cuma seorang rakyat biasa yang bekerja untuk menyara kehidupannya, sepanjang bulan. Dia, bukanlah genius, atau bijak pandai. Dia cumalah kerani, merangkap jurujual di salah sebuah kedai alat muzik di ibu kota.


Tapi, perbualan aku dengan dia, beberapa minggu, atau bulan yang sudah, mengingatkan aku kepada satu perkara; Wawasan 2020, yang selalu dibualkan oleh pemerintah ketika itu, yang mana pada masa kecil aku, selalu aku bayangkan akan dipenuhi dengan kereta-kereta terbang, yang ada tinggi di awan- itulah imej yang tergambar oleh aku, dan kebanyakkan kanak-kanak pada zaman itu, bila disuruh ekspresikan imej berkaitan Wawasan 2020, atau tahun 2020.


Beberapa minggu, atau bulan yang sudah, ketika aku dan Dini menemankan singer-songwriter miskin- Nazim Ifran membuat persembahan, Dini menyedarkan aku, bahawa pada atau menjelang  tahun 2020 nanti, memang akan ada kereta yang ada tinggi di awan. 


Bukan kerana manusia ketika itu mampu mencipta kereta terbang. Tetapi, ketika itu, Malaysia sudah dipenuhi dengan lebuh raya bertingkat, yang berapa banyak tingkatnya nanti.


Aku diam. Setuju. Dan, mata aku, melihat ke luar tingkap kereta.


Bijak.