Friday 1 February 2013

Magnet peti sejuk dari Bali dan Taiwan.

Untuk aku dulu, bangkit awal pagi, adalah sesuatu yang amat membencikan. 9 to 5, bukanlah hal yang cool yang pernah berlaku di dalam hidup aku. In fact, sampai sekarang, aku tak pasti bagaimana aku boleh melalui beberapa tahun yang banyak, bekerja dari jam 9 ke 5 atau 6, dan tambah dengan kerja lebih masa, beberapa jam lagi selepas tu.

Jadi, bangkit awal, sambil di dalam otak, terpampang imej-imej kubikal di tempat kerja, ditambah lagi dengan imej-imej rakan sekerja tua ageist yang tak relevan lagi untuk bekerja. Semua itu, menyakitkan.


Lagi sakit bila sisa-sisa arak dan kanabis malam sebelumnya, masih belum hilang.


Lagi sakit bila hangover menyerang kepala. Berdenyut-denyut. 


Mata masih merah.


Macam biasa, Dee Jr. akan ada dalam cerita aku.


Jadi, segalanya bermula bila aku awal-awal berhenti dari bekerja di pejabat.


Dee pernah cakap pada aku, 'waktu pagi, waktu yang patut tiap dari kita yang loser ni, perlu miliki'.


Dan, aku diam. Tak membalas, ketika Dee datang mengejutkan aku untuk pertama kalinya. Aku yang masih berat lagi mata, berkeras tak mahu bangkit. 


'Nak celebrate unemployment' kata aku membalas kejutan pagi dia, ketika sepatutnya penis aku sedang berereksi melayan dingin pagi. 


Tapi, tak berhasil. Dee keras kepala, seperti yang pernah beberapa teman baik aku katakan pada aku.


Pagi di dalam cawan.


Dee hulurkan secawan kopi hitam panas kepada aku, yang bermonyok di tepi tingkap, kerana diganggu tidur aku, yang sepatutnya menjadi jauh lagi panjang dari hari-hari biasa aku.


'Ini,' katanya 'adalah pagi yang kau bancuh dengan cantik' lalu dihirupnya kopi di dalam gelas yang dipegangnya, dengan cermat, lalu disambungnya, 'manis, pahit, kita yang bancuh'.


Aku masih monyok. Malas nak melayan deep pagi-pagi hari, ketika penis aku sepatutnya sedang berereksi kesejukkan dibanting dingin pagi.


Bukan layan deep. 


Layan deep, adalah pada malam hari, Ketika polis-polis yang korup banyak berlegar, mencari mangsa untuk mereka tambahkan nafkah halal mereka. Itu, waktu yang paling sesuai nak layan deep, nak berbual pasal revolusi, atau nak berbual pasal ereksi penis sekalipun.


Bukan di pagi hari, ketika matahari sedang sibuk mengeliat bangkit menjengah bumi, dari celah-celah bukit sana.


'Tapi,' sambung Dee seolah dia tak pedulikan kemarahan aku, 'dalam cawan ni, ada pagi kau'.


Sing a long korus lagu Alleycats.


Dee tak pernah penat mengejutkan aku dan membasuhkan cawan kegemaran aku setiap pagi, untuk aku sendiri bancuh kopi gelap yang aku inginkan.


Dan, hal itu berlaku selama beberapa tahun. 


Sebelum dia pergi ke tempat kerjanya, dia akan singgah ke rumah aku, dan dengan menggunakan kunci spare yang dia curi dari simpanan aku, dia akan masuk dan cuci cawan kegemaran aku sebelum dia tarik langsir besar di dalam bilik aku, dan kejutkan aku dengan kata-kata deep dia yang selalu buat aku marah.


Siapa yang mahu deep di pagi hari? Ketika jiwa sedang memberontak mahu tidur dan terulit dengan mimpi-mimpi erotis yang tidak berkesudahan.


Bertahun ini berlaku. Tiap pagi aku, aku tahu yang aku memang KENA bangun, walaupun beberapa kali aku cuba untuk tukarkan tombol pintu aku, untuk mengelakkan Dee berjaya masuk ke dalam rumah aku.


Tapi, Dee cakap;


'Otak kita macam sama. Apa yang kau fikir, aku boleh fikirkan juga.'


Sambil hujung jari telunjuknya diketuk-ketukkannya di tepi kepalanya. Di tepi bahagian otak dia.


Whatever lah.


Langsir plastik sampah.


Jadi, hari ini aku akui bahawa, bangun pagi sudah menjadi ritual kepada aku, pada kebanyakkan harinya.


Ada atau tak ada kerja, aku akan bangun awal, dalam kebanyakkan masanya.

Melainkan, kalau malam sebelum tu, aku mata aku lari-lari dan telinga aku pekak mendengar bunyi bass dan drum yang tak henti-henti bergerak di dalam gerakkan yang sekata.

Jadi, persoalannya; kenapa?

Jadi, aku akui apa yang telah Dee ajarkan pada aku, adalah untuk aku hargai beberapa jam yang aku ada, dan cuba penuhi ia dengan apa yang aku boleh buat, terbaik pada masa tu.

Aku tak perlukan 24 jam, kerana aku seorang yang lembab. Efek dari dadah yang aku silap gunakan.

Jadi, segala kejutan dan basuhan cawan kopi yang dia buat, sebenarnya untuk buat aku faham, aku hanya perlu fokus dalam masa beberapa jam, instead of, mengejar entah apa benda yang tak pasti.

Aku faham.

Kini, pagi hari, aku boleh belajar bass. Aku boleh pasang Pink Floyd. Aku boleh pergi ke bilik rahsia di tingkat tempat kerja aku, dan aku nikmati pagi yang selalu sunyi. Yang tak pernah orang lain nak hiraukan.

Dan, hari ini, aku ada tujuan untuk aku teruskan hidup.

Aku bangkit, untuk aku temankan pagi, dengan kopi gelap yang aku bancuh di dalam kepala aku. Tak ada penjerang air di tempat kerja aku, yang masih lagi miskin.

Jadi, hanya dalam kepala aku bancuhkan kopi, gula dan air panasnya.

Sunyi. Tapi, ketika itulah aku akan merindukan kekasih songsang aku. Dan ketika itulah aku sedar bahawa ada reason lain lagi untuk aku terus bangun pagi.

Dan kini, aku terasa hidup, di dalam beberapa jam yang pendek. Beberapa jam yang tak mampu semua orang miliki. Beberapa jam yang biasanya terisi dengan aksi kejar-mengejar. Beberapa jam yang biasanya penuh dengan peluh dan resah, nervous untuk pergi ke interview.

Dan, untuk sekali, kejutan dan basuhan cawan yang Dee buat, telah mengajar aku untuk menghargai sedikit apa yang aku ada. Dan tak perlu mengharap yang datang, banyak melimpah.

Dan, kalau aku beragama, perkataan yang akan Dee gunakan adalah, 'syukur'.

Dan, ya. Aku masih lagi mampu menikmati pagi yang erotis walaupun aku bangkit pagi.