Monday 11 February 2013

Rock.

Bukan senang nak jadi orang yang tak ada masa depan.


Bukan senang nak jadi orang yang tak ada masa depan.



Tiap kali bila ibu bapa telefon, mereka pasti akan bising. Dan terus-terusan mengingatkan tentang bagaimana satu masa depan yang sempurna perlu kelihatan.

Tak senang.

Bila kau duduk sendiri, in between fail yang berlambak yang perlu kau selesaikan semua permasalahannya, kau kadang-kadang ada persoalkan tentang hari esok kau.

Masa depan.

Dan, bila tiap kali kau fikirkan tentang masa depan, kau jadi panik.

Takut, sebab kau tak sediakan apapun untuk kau tempuhi hari mendatang kau.

Hari mendatang.

Tapi, kau persoalkan balik, apa hari yang datang? Bagi je, hari yang perlu datang. Yang datang, perlu datang. Tidak akan bertangguh.

Macam M. Nasir pernah tulis, 'apa nak jadi, akan terjadi. Hujan pasti berhenti'.

Jadi, hari yang perlu datang, pasti akan datang. Jadi, bagi je lah. Nak tak nak, kau kena terima dengan motivasi di dalam kepala, 'hujan pasti berhenti'.

Jadi, tiap kali kau ditanyakan tentang masa depan, kau sebenarnya tak pasti apa yang sedang ditanyakan kepada kau, dan kenapa kau tak menyediakan apa-apa untuk itu.

Kunci pendua.

Jadi, bila tiap kali diasak oleh soalan tentang masa depan, kau akan tanya, kenapa kau sedang diasak. Bukan sekali, bukan dua kali. tetapi, banyak kali. Sampai kau dah malas nak ingat moment-moment yang sepatutnya kau ingat itu. Moment yang sepatutnya menjadi titik perubahan untuk kau.

Mascotte.

Tapi, kau masih di sini. Masih lagi sebagai satu individu yang sama, yang tak pernah peduli tentang masa depan kau. Atau kau sebenarnya, sedang mencari alasan, untuk kau cari lebih masa supaya kau boleh bersedia dengan masa depan kau?

Dan, kau masih lagi tidak sibuk bertanyakan tentang masa depan kau. Sebaliknya, kau tanyakan 'kenapa'.

Twister Blackcurant.

'Kenapa', adalah persoalan yang kau soalkan balik pada diri kau bila orang lain tanya kau tentang masa depan kau sendiri.

Tak mudah.

Bukan mudah untuk menjadi orang yang tak punya masa depan.

Dan, di saat kau bertanyakan, 'kenapa kau tidak sediakan apa-apa atau sekurangnya peduli tentang masa depan kau sendiri', kau sedar dan kau tahu, dan kau yakin, yang di bawah jasad yang sedang mempersoalkan itu, tak ada apa lagi yang tinggal.

Telah lama mati jiwanya.

Palam 3 pin.

Dan, 'telah mati' tiba-tiba menjadi jawapan kepada semua soalan yang datang menjawab soalan-soalan tentang masa depan.

Poster 3D.

Tapi, kau masih lagi cuba mencari alasan, untuk kau terus hidup.

Alasan, yang kau akan tulis kembali sebagai masa depan kau.

Sebab, di balik semua cerita yang kau fikirkan, kau sebenarnya takut. Tapi, otak kau sendiri enggan terima kenyataan, dan memberitahu diri kau, yang kau sebenarnya, bukan takut. Kau cuma penat.

Dan, otak kau, peralatkan kau sendiri.

Kau takut.

Stiker kuning.

Dan, ketika kau sedar, bukan satu hal yang mudah untuk menjadi orang yang tidak punya masa depan, kau mengeluh. Kau lepaskan keluhan kecil ketika kau sedang berdiri di kubikal kencing, ketika air kencing mahu mencurah keluar melalui lubang konek kau.

Dan ketika itu, selepas kau melepaskan keluhan kecil itu, kau bisikkan pada hati kau, untuk kau sedarkan semula diri kau, dan air kencing kau yang kesesatan tidak terjumpa lubang konek kau, kau ingat kembali katya-kata M. Nasir, yang 'hujan pasti berhenti'.

Kau berlalu pergi, dan kau menjadi semakin yakin, bukan mudah untuk menjadi orang yang tidak bermasa depan.