Tuesday 18 December 2012

Ex Boss Gua.

Aku ingat lagi, bila kali pertama FM telefon aku, dan ajak aku ke rumah dia. Masa tu, dia mahu berpindah dan dia cuma sendirian. Jadi, dia ajak aku untuk tinggal bersama dengan dia.

Lalu, dia telefon aku dan ajak aku melepak di rumahnya pada masa itu. Aku kenal dia, beberapa tahun sebelum itu. Di kampung aku, ketika namanya disebut-sebut sebagai salah seorang yang sangat dikenali. Dan kemudian, kawan baik aku, selalu ke rumah FM ketika cuti sekolah kami, menghabiskan masanya bersama rakan sekampungnya, yang juga rakan kepada abang-abangnya.

Jadi, FM telefon aku, dan itu merupakan pertama kali dia sendiri mengajak aku ke rumahnya, di tingkat paling atas sekali, di blok paling hujung berdekatan dengan stesen tren terakhir.

Senang nak ingat jalan ke rumahnya sehinggakan kawan serumah mereka yang rabun malam, boleh pulang ke rumah dengan selamat, dengan berbekalkan ingatan yang sama seperti aku, mungkin.

Jadi, beberapa tahun sudah, aku menjejakkan kaki di rumah FM, yang hampir kosong dimasuki pencuri yang mencuri sedikit demi sedikit hartanya. Dan di saat itu, aku sedikit demi sedikit, mengenali FM, yang rupanya adalah sangat penakut.

'Kau tau azan?' adalah salah satu soalan awalnya kepada aku, bila dia sudah jumpa rumah yang bakal kami sewa masa itu.

Dan, kemudian, beberapa tahun setelah tinggal di rumah itu, tanpa ada sebarang gangguan syaitan, walaupun kami tidak pernah azankan rumah itu, hanya meletakkan patung Ultraman Taro di tengah-tengah rumah, kami berpindah atas sebab jiran-jiran yang terlalu mengambil berat tentang kami. Ditambah lagi dengan kehadiran adik perempuan FM, AFM1.

Di rumah itu, kami berdua pernah bersama duduk di bilik aku, sambil menunggu water heater memanaskan air untuk kami rendam mee segera yang kami beli. 

Lupa nak beritahu, yang FM adalah boss kepada aku, ketika itu.

Dan, ketika di dalam bilik aku itu, dia menyatakan betapa penatnya dia meneruskan hidup, bertungkus-lumus menyempurnakan hidupnya. Tapi, akhirnya, dia terpaksa duduk di depan aku, di dalam bilik aku, menunggu bersama dengan aku, water heater merebus panas air paip kami.

Bayangkan aku, duduk di dalam bilik itu sebagai seorang kawan, dan orang bawahan. Mendengar rungut seorang rakan serumah, dan seorang boss, yang ada tinggal di dalam badan yang satu- badan FM, membicara tentang masalah kewangan mereka.

Jadi, minggu lepas, aku bertemu kembali dengan FM, di tengah-tengah kesibukkan aku bekerja di Sabtu. Dia dan isterinya membelanja aku, dan KDZ dan NIS.

Dia duduk di sebelah aku. Dan di depannya, ada duduk isterinya, yang juga kawan baik aku, NA. Dan anak mereka N. Di kanan aku, duduknya NIS dan di depannya, KDZ.

FM, masih lagi seperti dahulu. Karekternya, masih lagi sama. Masih lagi orang yang aku ingat tinggal bersama dengan aku, beberapa tahun lepas. Cuma, kali ini, dia datang sebagai seorang boss, kawan, daddy dan suami. Yang lain, masih lagi tak berubah. Dia masih lagi menerima aku sepertimana pernah dia terima aku satu masa dahulu.

Dia masih lagi bermain dengan band jerit-jerit dan dia masih lagi punyai nilai-nilai mamat-mamat cool, walaupun telah berkahwin, berkerjaya, dan sudah punyai anak. 

Dia masih lagi orang yang sama, walaupun dia sudah meminati Joe Flizzow.

Dan, satu hari bila anak mereka besar nanti, akan aku ceritakan betapa coolnya mak bapak dia.

Sebab, jujurnya, kalau orang tanya, siapa salah seorang yang bagi aku inspirasi untuk hidup, aku akan tudingkan jadi aku kepada FM, kepada susuk tubuh ghitam manis dan rendangnya itu.

Tak ada dia, mungkin sekarang ni, aku dah makin jauh jadi asshole.

Terima kasih, boss.

p/s tiap kali aku susah, aku akan ingat kembali macamana FM bangkit, setelah dia jatuh dari hero, kepada zero, seperti yang pernah dikatakannya kepada aku. Aku sendiri saksikan bagaimana dia meng-hero-kan kembali hidup dia yang telah di-zero-kan tadi. Salute.