Tuesday 6 August 2013

Melihat cantik sunrise dari balik langsir, secara rahsia.

Kepada Dunia, 

Kalau kau boleh baca semua kegilaan ini, aku cuma mahu cakapkan; kau terlalu beautiful untuk aku abaikan. Tapi, ada satu persoalan di dalam diri kau yang masih belum kau jumpa jawapannya yang boleh jadi sangat menakutkan resultnya.

Jadi, untuk sekali, berilah aku peluang untuk aku nikmati semua indah dan buruk yang kau simpan, yang tak mahu orang lain pandang, tanpa kau tanyakan aku tentang semua soalan-soalan gila yang menakutkan itu.

Sesungguhnya, aku tak kisah untuk menabur benih dan menyiramkan air. Menghijaukan kembali tanah kau yang mungkin sedang ketandusan. Tapi, berilah aku sedikit ruang, untuk menjadi pekak kepada semua soalan itu.

Kerana, aku tak kisah jika kau mahu aku bantu kau siramkan air di atas tanah kau tanpa perlu aku takut dengan semua soalan-soalan gila kau itu.

Sekian, selamat tumbuh kembali.

Terima kasih kerana pernah segar menghijau dan memberikan tanah untuk aku dan kekasih gelap aku berpijak.