Tuesday, 20 August 2013

Aku ada banyak kerja yang perlu aku sudahkan. Tapi, dalam kebanyakkan masanya, aku cuma termenung memandang dinding dan hamparan pemandangan yang tak berpenghujung,

Kadang-kadang, aku nak mengeluh pasal kerja aku. 

Kadang-kadang, aku rasa macam nak berhenti dari buat semua kejahanaman ni, dan kerja di tingkat 18 bersama dengan orang-orang yang tak gilakan duit dan tenaga aku sangat.

Kadang-kadang, aku terasa macam nak habiskan masa, 24 jam aku, berdiri di tepi laut, sambil pakai apron dan minum kopi hitam dan grill daging untuk orang lain, dan buatkan sandwich untuk stranger.

Kadang-kadang, aku terasa macam nak pergi tepi laut, tak pakai baju, baring atas pantai, dan buat kopi untuk stranger sambil berbual pasal kenapa aku suka dengar Minor Threat, atau tentang apa-apa hal yang tak masuk.

Kadang-kadang, aku terasa macam nak kurungkan diri aku di dalam bilik enjin aircond yang kedap bunyi, yang penuh dengan papan-papan soundproof, dan aku letakkan komputer di sana, dan aku nak taip semua benda yang ada dalam kepala aku tu.

Kadang-kadang, aku rasa, mati lagi baik.

Tapi, itulah.

Selagi kerja tak habis, semua itu cuma boleh aku letakkan dalam list 'angan-angan'.