Tuesday 20 August 2013

Malam Selasa.

Kadang-kadang, aku sendiri terasa yang aku sedang menjauhkan diri aku dari manusia. Aku sibukkan diri aku dengan kerja (yang tidak masuk akal waktu bekerjanya), dan kadang-kadang, aku merayu pada boss aku, supaya berikan aku kerja, walau sepatutnya aku perlu bercuti.

Kadang-kadang, aku tersedar yang aku dah jauh dari setiap manusia yang perlu aku hubungi.

Tapi, dalam kebanyakkan masanya, aku batalkan segala niat aku untuk menghabiskan masa aku dengan kebanyakkan mereka, bila aku sedar, hubungan yang aku ada, dengan kebanyakkan mereka, hanyalah atas dasar kerja sahaja.

Samaada aku dah mula berkawan dengan kerja-kerja aku, atau, aku dah jadikan kawan-kawan aku sebagai kerja, aku sendiri tak pasti.

Jadi, aku akan batalkan niat aku, untuk mendail mana-mana nombor, hanya sekadar untuk menjadi seperti seorang kawan kerana aku tahu, bukan semua cerita itu yang mereka mahukan, sebenarnya.

Mereka cuma mahu bercakap mengenai kerja, kerja dan kerja.

Kalau tak ada kerja, mereka akan jumpa berjuta alasan lain, untuk tidak melepak dan berborak. Mereka akan jadi bangang dan tak tahu nak berbual apa.

Mereka cuma tahu kerja, kerja dan kerja, bila nampak muka aku.

Kerja.

Dan, sebagai seorang loser yang mudah kecewa, aku akan batalkan semua niat aku itu, untuk mendail mana-mana nombor walaupun naluri aku kuat menyuruh.

Walaupun selalu aku cakap diri aku salah.

Jadi, aku rasa, aku perlu berhenti kerja.