Monday 21 May 2012

Kesan Dada (h)

Mak aku pernah pesan, 'jangan terperap dalam rumah lama sangat', ditakuti akan terlalu jauh ketinggalan dengan masyarakat.


Itu, pesan mak aku beberapa tahun dahulu. Ketika bulu-bulu dada aku, belum tumbuh meliar melitupi sebahagian kecil dada aku.


Tapi, hari ini, aku keluar, pergi bersosial dan pergi berhubung. Di beberapa tempat, dan bersama beberapa orang.


Dari satu sudut, kepala aku teringat kembali kepada nasihat yang mak aku pernah berikan kepada aku dahulu. Dan, dari satu sudut, aku mahu tahu, dia salah.


Walau berapa lamapun aku tak keluar dunia masih sama. Masih lagi akan berputar pada paksinya, pada paksi gilanya.


Masih lagi ada darah di sana sini, masih lagi ada jari yang tertuding. Ada lagi otak yang dipaksa keliru, dan ada lagi ruang-ruang bebas cuma dicabuli lagi, dengan lebih teruk.


Dan, seperti dahulu- seperti sebelum aku kurungkan diri aku di dalam rumah tumpang, di tempat sembunyi aku, dunia masih lagi punya bait-bait puitis yang tak habis lagi dikarang.


Gila.


Inilah kesan dadah.