Thursday 31 May 2012

Tahi Judi

Kawan aku, sibuk bertanyakan aku sama ada aku sudah melihat folder-folder gambar-gambar perkahwinannya. 

Katanya, aku perlu tengok. Aku perlukan inspirasi, dan aku perlukan motivasi.

'Untuk apa?' tanya aku dalam hati. Karim memandang aku dengan sinis. Tapi, dia tetap diam, duduk di tepi aku, sambil sesekali akan dia lapkan kanta cermin mata gelapnya. Matanya merah, khayal, dan berat. 

Ketika matahari masih tinggi di atas, dan marah mencerah mencairkan isi bumi.

'Umur kau dah berapa?' tanyanya.

'Bila kau nak kahwin' tanyanya lagi. 

'Sampai bila kau nak jadi macam ni?' diajukannya lagi.

'It's about time, brother' katanya lagi.

Aku diam.

Lalu, aku pandang pada Karim, dan di depan mata kawan aku sendiri, aku cium rakus bibir gelap Karim, yang gelap diselaputi sesuatu dari tembakau kretek. 

Karim terkejut. Tapi, dia melayan.

Dari satu sisi, dunia sedang mahu Kiamat. Matanya dijegilkan. Melihat Kiamat yang berlaku di depan mata.

Dan, dari sisi aku pula, aku cuma cium mulut Karim yang sama jantinanya dengan aku.


Mulut Karim, berbau kretek.


Aku tak marah. Tapi, dunia makin mahu Kiamat.