Tuesday 16 October 2012

Superman

Dee Jr. memegang kemas tin birnya. Rambutnya disikat kemas, dan kumisnya dicukur licin. Baju kerjanya, masih belum dilepaskan dari tubuhnya, yang berjam-jam telah dilacurkan kepada tuan-tuan syarikat tempat dia bekerja.

Dee berdiri tegak, memegang bir. Sambil matanya, memandang kepada aku, yang sedang duduk di bawah lampu membaca.

Tak ada apa yang menemankan kami, selain dari diri kami masing-masing. Di luar, hujan masih lagi lebat. Dan, tubuh-tubuh manusia kesejukkan terlihat di merata tempat, cuba bergerak sepantas yang mereka mampu, untuk mencari tempat perlindungan.

Kami? Hanya mengurung diri, jauh dari segala macam jenis manusia. Atas banyak alasan. 

'Macam Leonard Cohen pernah cakap,' katanya memecahkan sunyi, dilepaskan perlahan nafasnya, dan dibisikannya di telinga aku, 'there's a crack in everything.

Dan, tak bijak untuk sesiapa pun terfikir untuk menjadi Superman, bila dia bukan Clark Kent.'

Dipegangnya bahu aku, diulang kembali bait ayat 'there's a crack in everything, brad' dan dia berlalu meninggalkan aku sendiri, duduk di bawah lampu membaca.

Hidup, masih panjang.