Tuesday 7 February 2012

Kucing Berbadan Anjing

Dee Jr. pernah cuba untuk menyelamatkan anak anjing dari kelemasan.


Dunia cakap, dia pun mahu selamatkan anjing itu. Dan, kerana itu, Dee Jr. bertekad untuk melakukannya.


Dunia senyum. Dunia cakap, terima kasih, dia juga mahu lakukannya.


Tapi, tiba-tiba ada anak kucing yang lalu.


Lalu, dunia cakap;


'go to hell, anjing ni haram dipegang', dan berlalu pergi bersama dengan anak kucing. Meninggalkan Dee Jr. seperti orang bodoh, sendirian di dalam longkang besar itu.


Dan, haram, cumalah alasan. Realitinya, kucing yang lalu itu, cantik dan lawa. Dan, sempurna.


Jadi, kenapa di kemudian hari, Dee dipersalahkan bila anjing yang diselamatkannya itu, dilepaskan dan kemudian mati terlanggar?


Dunia tanya, 'kenapa kau tak peliharanya?'.


Dee diam, kerana dia tahu, apa pun jawapannya, tak akan pernah dunia nak ambil sebagai jawapan. Tetapi, hanya sekadar gurauan manusia yang berfizikal hodoh, dan bermental sakit.


Jadi, Dee Jr. mahu dunia gembira. Lalu, dia angkat kaki. Dan berlalu pergi. Tak ada jawapan yang diberikan. Tak ada tarian yang ditarikan. Cuma diam.


Dan diam. Sambil dia mengharapkan yang dunia akan terus gembira.


Terima kasih.