Sunday 12 February 2012

Karim Berkawan Dengan Siapa?

Karim,


Bila aku tanya soalan, kau buat-buat tak dengar. Alasannya, kau takut.


Tapi, bila manusia sempurna yang sejelasnya adalah kawan kau, yang kononnya buat kau rasa benci tanyakan kau soalan yang tak ada kaitan dengan kau, kau sanggup berpecah kepala untuk memikirkannya.


Bila ada masalah, kau suruh aku tanya, untuk pastikan. Tapi, bila aku tanya, seolah macam aku sedang cakap dengan dinding biru. Dan, bila aku diam, kau cakap aku marah, lalu kau ponteng dari datang ke pub.


Dan, jujurlah. Kau tak payah menanggung sakit lagi. Untuk apa? Sampai kau sanggup pertahankan apa yang kau lawan?


Atas nama apa? Atas kepercayaan yang kau pun tak pasti? Tapi, untuk aku, kenapa susah untuk kau percaya?


Jadi, Karim, aku tahu semua ini salah aku dan Dee Jr., tapi untuk sekali ini sekarang, fikirkanlah, siapa yang mahu, dan siapa yang sampah?


Tepuk dahi, tanyalah yang sempurna.


Maafkan kami atas ketidaksempurnaan kami. Dan maafkan kami kerana terlalu mudah tersalah faham akan ayat-ayat kau yang sebenarnya bermaksud lain.


Jujur, kami akui kebodohan kami untuk ini.


Dan, usahlah kau katakan yang kelompok baru yang kau temui itu, menyakitkan kau, membuat kau mual. Sedangkan, merekalah yang memberikan kau nafas baru yang jauh lagi baik dari apa yang bar buruk kami ini boleh berikan pada kau.


Nanti, kalau aku sudah cukup duit, aku akan cari pub baru, yang jauh dari kesempurnaan kelompok baru kau itu, ya. Dan, jangan kau cakap, kau akan bosan. Kerana, aku yang selalu tak boleh nak faham benda ni pun, boleh faham situasi sebenar sekarang.


Tak apa. Untuk kau, aku dan Dee Jr., kita layankan semua ini. Kerana memang lumrah untuk kita untuk menelan apa yang dunia mahu kita telan.


Mari julang gelas wine.