Sunday 12 February 2012

Cerita Yang Tak Boleh Habis Diceritakan.

Tadi, kawan aku telefon. Ajak aku berbual. Perkahwinan dia sudah semakin hampir. Dia cakap, dia keliru. Dia tak tahu betul atau tidak tindakkannya itu. Dia, kedengaran dengan jelas, sedang takut dengan keputusan yang bakal, atau sedang dibuatnya.


Mengingatkan aku pada tulisn Robert Frost yang aku belajar di dalam kelas Bahasa Inggeris, The Road Not Taken.


Jadi, ketika aku sedang berkanabis sendirian, sambil aku cuba melayan Lord Sunny Day yang aku download dari sini beberapa minggu yang lalu, F, kawan aku menelefon. Melepaskan keluhan dia, bertanyakan tentang persoalan yang membelenggunya untuk tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.


'Tapi, aku kena buat-buat suka' keluhnya. Sedangkan ketika dia terpaksa buat-buat suka dan gembira dengan semua keadaan, dia sebenarnya sedang bercelaru. Sedang bergelora kepala otaknya memikirkan tentang masa depan.


Masa depan. Sesuatu yang malap untuk aku. 


Tapi, dia telefon aku, untuk tanyakan tentang itu.


Aku diam, sambil dia terus-terus cakap dengan suara risaunya. Sesekali, aku terdengar sayup-sayup lagu Radiohead yang dipasang di biliknya. Aku senyum, mendengar kepada parahnya luka yang sedang dialami oleh F. Senyum yang tidak bermaksud untuk mengejek.


Damn.


Jujur, masa tu aku sangatlah stoned. Aku macam keliru. Apa yang aku dengar, sebenarnya? Adakah aku sedang mendengar kepada F? Atau pada lagu Radiohead yang sedang dipasang di belakangnya ketika itu? Atau aku sedang tidak mendengar apa pun ketika itu? Mungkin.


Tapi, kepala aku, terbayang pula imej-imej tentang hidup aku. Tentang aku, dan masalah aku di dalam perhubungan. Perhubungan sonsang yang menjadi rahsia kepada dunia yang mulia.


Tapi, kadang-kadang, aku dengar apa yang F cakap. Pasal masa depan. Pasal pilihan, pasal keputusan. Pasal semua benda yang tak mungkin aku akan alami.


Dia tanya aku.


Dan, kepala aku sedang sibuk bekerja mahu menghasilkan imej-imej masa lampau yang pernah menggembirakan hidup aku.


Masa depan. Pilihan. Keputusan.


'Kau fikirlah sendiri' kata aku, tiba-tiba. Tanpa aku sedar. Dan, F langsung diam. Dan, cuma kedengaran Karma Polis di speaker telefon aku. Dengan sesekali, datangnya bunyi angin dari kipas.


'Nasib baik kau faggot' kata F, langsung menamatkan panggilan.