Sunday 12 February 2012

Beberapa Malam Sudah

Beberapa malam sudah, aku merancang untuk membelot. 


Aku cuba untuk membeli tiket paling awal untuk aku terbang ke kota London. Kebetulan, ada peluang. Dan, otak aku dah terlalu sarat untuk ada menumpang di tanah yang memang bukan untuk orang-orang jahanam, yang tak ada moral, dan kemampuan macam aku ini.


Jadi, aku nekad. Aku tarik nafas panjang-panjang, aku fikirkan semuanya. 


Aku fikirkan tentang kerisauan terbesar aku, yang melibatkan seorang yang aku sayang. Tapi, itu cerita lain. Tolak tepi dulu.


Aku fikirkan, kalau aku berjaya meloloskan diri, aku perlu minta maaf kepada singer-songwriter muda bernama Nazim Ifran kerana tidak dapat membantunya di dalam beberapa hal yang dah aku janjikan. 


Dan, aku juga terpaksa meminta maaf kepada Joe, salah seorang ahli band yang membantu Nazim Ifran atas alasan yang sama.


Dan, dengan Aely dan isterinya lagi? Aku kena minta maaf sebab belum belanja mereka sebagai hadiah kahwin mereka, dan untuk projek baju pun belum bergerak.


Aku fikir lagi. Kalau aku lari sekarang, aku dah bersedia ke?


Kalau ikut perancangan, seorang bakal janda, dan seorang anak dara mahu mengajak aku menjelajah Eropah, empat tahun akan datang. Atau mungkin, kalau keajaiban berlaku, aku mahu keluar tahun depan. Sendirian, atau bersama kawan yang pernah merancang bersama dengan aku. Itu pun, kalau dia masih inginkannya lagi, atau sekurangnya masih ingat lagi pada angan-angan kami (yang mana sekarang perlu ditukar kata gantinya, dari 'kami' kepada 'aku' dan 'dia').


Untuk dua itu, aku cuba untuk sedia. 


Tapi, ketika aku sedang duduk di depan laptop dan merenung harga tiket penerbangan ke London, dan masa terdekat yang boleh aku beli, aku terfikir;


dah sedia ke aku ni?


Otak kanan dan kiri aku, bertelingkah. Bertumbuk. Kotak imagin aku, membayangkan aku, sedang memakai hoodie hitam, kesejukkan di bawah jambatan, bersama lelaki-lelaki British yang bergelandangan.


Aku biarkan otak aku bertelingkah, sambil aku melayan kotak imagin aku. Dan, badan aku yang kelesuan, seolah menantikan jawapan. Menantikan berani aku timbul, untuk menolak segala kemungkinan buruk. Yang sangat buruk.


'Ah. Lantak' kata hati aku.


'Sabar' kata otak aku.


'Cepat lah, babi!' herdik badan aku.


'Tak lepas lah, bro' kata Z, kawan aku.


Babi.